Friday, July 8, 2016

Raya ke 3 dah

Selamat hari raya semua.

Hari ini dah masuk hari ke 3 kita dalam bulan Syawal ni. Seperti mana Ramadhan, Syawal juga terasa begitu cepat berlalu. 

Rasanya hari ini mesti ramai lagi yang masih beraya di kampung halaman. Saya sudah pulak ke Kuala Lumpur sama seperti adik beradik saya yang lain. Dah ibu mertua ku di KL, balik bandar la kita nampaknya. 

Seronok sangat dapat berkumpul sekali lagi dengan ahli keluarga, sanak saudara di hari raya ni. Bab makan pulak memang tak pernah miss, setiap rumah yang saya pergi mesti nak cuba semua juadah yang disediakan. Muat je perut ni walaupun dah kenyang...wah dah macam stokin pulak rasanya usus tu :p

bila banyak kedai makan ala thai masih tutup dan akan bukak selepas 2 minggu, terpaksalah makan mee kari dekat Oldtown White Coffee huhuhu

Bila balik KL semula, terasa rindu pulak segala ketupat lemang rendang...oh nikmatnya kalau dapat makan lagi makanan2 tu hari ini. Mula la ni plan nak pergi beraya lagi. So rumah sapa yang ada ketupat lemang rendang lagi, hakak nak datang beraya ni.

No comments: