Tuesday, August 16, 2016

Ayam kampung A Hassan Velodrome Cheras

Punya dah lama sangat tak datang makan dekat A Hassan ayam kampung femes ames dekat Velodrome Cheras tu sehinggalah semalam. Gara2 seorang kawan tercakap yang dia dah lama nak makan ayam goreng kampung yang sedap dan tanya kepada saya any idea dekat mana nak dapat. Terus kepala ni teringat akan sedapnya ayam goreng kampung dekat sini (A Hassan). 

Terus semalam janji nak pergi lunch dekat Velodrome Cheras. Sampai2 sana je terus panic sebab keadaan dekat situ dah berubah. Velodrome tu kini dalam peringkat menaik taraf dan seluruh kawasan tu telah di tutup. Cuma laluan masuk tetap ada untuk connect kepada deretan kedai2 makan di bangunan lama. Masalahnya restoran A Hassan tu berada di bangunan baru which is telah dipagar dan tidak boleh masuk. Ternampaklah kain rentang dari restoran tu, mujur restoran ni tepi sekali dan tertulis di situ yang restoran masih beroperasi seperti biasa cuma kena masuk dari arah belakang kedai.

Memula tu puas jugak nak faham arahan tu sebab kami buntu mencari jalan untuk ke arah belakang yang dimaksudkan. Dah hampir putus asa tapi tak mau pulak kaki ni melangkah ke arah kedai makan yang ada di bangunan lama tu. Hampa dah hati, nak makan ayam goreng kampung dekat restoran tu jugak. 

Dengan membawa hati yang lara, terus naik kereta kononnya nak balik office saja. Tengah elok2 keluar dari Velodrome tu dan kami lalu dibelakang restoran A Hassan baru perasan banyak kereta parkir di tepi2 jalan belakang restoran tu. Automatic jugaklah stering ni pusing mengikut laluan belakang restoran, alhamdulillah akhirnya kami jumpa jugak pintu masuk restoran tu dan selamat parkir kereta. 

Seronoknya dapat makan ayam goreng kampung, terutama sekali my friend...teruja betul dia sebab ini pertama kali dia datang makan di sini. Memula ambik sorang seketul je ayam tu tapi percayalah akan ada ketulan yang kedua pulak lepas tu. Orang kiri kanan pun sama je, rata2 mesti akan ambik sampai 2 ketul sebab size potongan tu macam just nice untuk sorang makan tapi kalau tamak haloba macam kami2 ni, jadilah 2 ketul sorang. 

Lagi satu menu yang saya sangat suka ambik dekat sini, sambal ikan bilis, kacang tanah dengan tempe ni. Penambah selera lagi, telur masin dengan sambal tempoyak.

Alhamdulillah, semalam dapat jugak memenuhi permintaan kawan yang nak sangat makan ayam kampung sedap in town. Manalah tau kan kot2 kawan tu mengidam ke hapa mana kita tau kan tapi memang best perasaan ni kalau dapat mengembirakan hati orang lain especially sahabat kita.

3 comments:

Kakzakie Purvit said...

Nasib baik tak terus patah balik:)
Ayam kampung memang sedap Ann
Kakak biasa ambik aje bila balik kampung
Goreng dgn ketumbar/jintan/halia/bawang putih pun sedap

nuyui a.k.a miss YUI said...

tgk gmbr nmpk sdp tu kak..

anis abdullah said...

Kalau aku pergi makan 3 ketul kot. Buat ratah pun sedap..ahahaha..