Saturday, August 27, 2016

Family come first

Biasa dengar istilah 'family come first'. 

Macam umur saya ni yang nak kata baru hidup tu tidak la and nak kata dah lama sangat hidup tu pun belum jugak, pelbagai pendapat dah di dengar mengenai isu ni. Isu ke, rasanya macam perihal pendapat masing2. 

Ada pendapat yang mengatakan family itu penting di setiap situasi. Setiap situasi tu meant tak kira dalam urusan kerja ka, urusan peribadi ka...keluarga di utamakan dulu. 

Ada pendapat pulak mengatakan family itu penting mengikut keperluan atau keadaan itu sendiri. Kebiasaannya dalam hal ni selalunya melibatkan kerja. Mungkin si suami/si isteri kena kerja di luar kawasan yang tak boleh nak berulang selalu. Paling tidak pun hanya menjadi weekend husband/wife. Kalau dalam Malaysia still ok lagi boleh jugak balik every week tengok family. Seperti my previous boss, family duduk Bintulu and his single father dekat KL. Setiap minggu mesti balik Bintulu tak pernah miss kecuali dia kena travel je. Itu pun sedaya upaya hakak jemah adjust kasi chan dia balik jumpa bini dulu. Pandai2lah nak arrange pun. 

Ramai jugak kawan2 dekat office ni yang kena transfer to overseas and definitely tak boleh bawak family. Tapi dah demi kerja dan main family income, terpaksa jugak berpisah seketika. Balik pun bukan boleh selalu sebab ticket flight semua under own cost, pepaham sajalah. Ada yang 3 bulan or 6 bulan sekali baru balik Malaysia, cuti pun sekadar seminggu 2 tapi itulah routine mereka. Ada tu pulak dari anak kecik2 sampai dah besar macam tu jugak bapaknya. Mujur maknya bertabah dengan berkad sokongan dari ahli keluarga yang lain. Still masih boleh maintain walaupun tidak sepenuhnya bersama keluarga.

Ada pulak pendapat, si suami/si isteri tidak mampu memenuhi tuntutan kerja seperti itu dan lebih sanggup berhenti kerja dan cari kerja lain. Ada bukannya takde especially bila anak2 masih kecik lagi. Kang sakit demam anak macam mana. Mau pening jugak kepala kan.

Di sini kesimpulannya, setiap tindakan seseorang terhadap pekerjaaan dan keadaan sekeliling lebih menjurus ke arah keutamaan keluarga masing. Dah tentu kita mahukan yang terbaik pada keluarga sendiri kan. Banyak pro and contra kalau nak bicarakan setiap tindakan setiap pihak.
  
my 2 sisters tengah enjoy makan nasi lemak sedap dekat Hai Peng Kemaman

Bagi saya family sentiasa di hadapan. Letaklah diri ni dekat mana pun akan mampu saya tunaikan tapi perhatian dan sokongan keluarga tetap kena ada. Kita bukan hidup sebatang kara kan.

big day of my niece 

Lebih2 lagi sekiranya ada majlis2 besar seperti perkahwinan dalam family, saya rasa itu sangat penting untuk kita turut serta. Masa macam ni aje peluang untuk berjumpa sanak saudara pun. Tetapi kadang2 disebabkan kekangan kerja yang menyukarkan semua perkara.

2 comments:

anis abdullah said...

Miss Hai Peng. Nasibla dah beli kopi depa 2 kotak.

Normi Nieza said...

family first..:)