Thursday, August 25, 2016

Gara2 sakit gigi

Adoiii gigi daku kembali berdenyut nyut nyut sampai ke urat kepala dah ni. Gigih tahan perasaan emosi segala, takut ada jugak manusia yang kena herdik tak pepasal nanti. Biasalah kalau orang sakit gigi ni jangan dicari pasal je, mau putus sahabat terus mihmihmih. 

Ada satu mold dekat gigi geraham belah atas sebelah kiri ni, dulu dah tampal tapi lama kejadiannya dan sekarang tampalan tu dah tercabut tak perasan entah bila agaknya. Sekarang ni lubang tu dok nganga je tak bertampak lagi. Mula2 tu tak sakit pun, agaknya masa tu lubang tak dalam lagi kot. Sekarang ni bila dah dalam dan mula rasa sakit dekat gusi. Sakit gigi ni kalau ikutkan sebatang gigi je tapi sakitnya boleh rasa dekat semua gigi dalam mulut ni.

Tolong la, sakitnya sampai kadang2 tu nak menitis jugak air mata. Meh la kongsi apa2 petua untuk menghilangkan sakit gigi ni. Nak pegi dental memang takut weh. Takut doctor tu advise cabut pulak walhal gigi tu sikit punya kukuh lagi. Uihhhh boleh bayangkan segala spanner screw driver keluar nanti demi nak mencabut gigi nan sebatang. Tak mo lah huhuhu.

Sakit gigi punya pasal, lunch tadi pun tak lalu nak makan walhal perut kemain lagi laparnya. Tah apa agaknya tekak ni, di kala gigi sakit masa tu jugak tekak ni teringin nak makan nasi dengan ayam goreng kunyit. Keinginan tu meronta2 ko, ibarat kalau tak dapat boleh merajuk terus. Perh kalah orang mengidam pulak tapi yang pasti kak jemah tak mengandung la kan hahaha. 

Demi melayan tekak sendiri yang budget diva sangat ni, beli jugaklah nasi dengan ayam goreng kunyit dekat foodtruck sebelah LRT Ampang Park. Tak makan waktu lunch sebab gigi tengah sakit lagi, bawak balik buat bekal dinner malam nanti. Takda sapa nak layan tekak ni kalau tak diri sendiri kan.

Malam tadi dah dapat makan laksa utara. Bukan senang nak dapat laksa utara kalau bukan berada di utara semenanjung. Dah dapat ni kira bersyukur sangat2. Sedap tu memang sedap tapi lagi sedap kalau ada petis sekali. 

Tengoklah selera orang sakit gigi :p

4 comments:

aiezza.sue said...

perghhh!laksa utara, saya pon dah 2-3hari dok tercari-cari gak ni...dapat tengok gambo laksa, lupa terus nak komen apa pasal gigi tadi..hihi

nuyui a.k.a miss YUI said...

moga cpt smbuh kak.

Muis Ismail said...

salam kak..better cabut je terus.
sy pun dah 4 bulan menahan sakit geraham belah atas kiri jugak.
gg kukuh jugak tapi lepas dah cabut memang bahagia hidup.
no more sakit sakit n berdenyut berdarah siang malam.

Anis Azalea said...

Sila pergi jumpa doc ya..