Wednesday, August 3, 2016

Glamor & Vogue Itulah Aku! by Aimee Nour

Lama sangat rasanya tak up novel review dalam entry ni. Nampak sangat yang saya dah lama tak membaca novel kan. Memang betul pun. Mungkin disebabkan sekarang ni dah habis koleksi novel2 terperam lama yang tak berbaca. Start dari tahun lepas sampai la ni nekad tak nak beli novel lagi, nak cuba habiskan novel yang ada dan akhirnya berjaya habiskan jugak. Kena paksa jugak buat macam ni, if not beli je tapi tak berbaca pun buku2 tu semua. Buat apa beli kalau tak di baca kan...

Anatalia, setiausaha Datuk Saifullah yang glamor lagi vogue! Angan-angannya mahu membeli-belah di New York dan menikmati percutian hebat dan mewah yang penuh glamor. Namun, Anatalia masih berangan-angan sehinggalah dia mendapat peluang yang ditunggu-tunggunya.

Anatalia akan mengembara ke serata dunia dengan percuma!

Ya! Hebat bukan. Namun adakah impian Anatalia mahu membeli-belah di New York tercakap? Apakah Anatalia akan menjadi terkenal, semakin glamor dan vogue kerana percutian itu? Hanya Anatalia yang tahu jawapannya. Yang pasti Anatalia mahu kelihatan glamor dan vogue sepanjang masa.

Yang pasti cerita ni memang best, santai dan tak perlu berfikir sangat...watak utama pulak memang gilozzz kelakar.

No comments: