Monday, August 15, 2016

Good luck friend

Bak kata pepatah, patah tumbuh hilang berganti. 

Ada seorang rakan seangkatan yang resigned. Sebab apa tu tak perlu di kongsi di sini, cukup sekadar orang empunya badan yang tahu. Semoga dia success dengan next life, semuanya akan menjadi serba baru tapi tidak mengapa...kita sentiasa bermula dari bawah dan akan terus naik dan berjaya kan, inshaAllah.
  
Perancangan untuk buat farewell untuknya terlaksana jua walaupun sebenarnya kami2 ni semuanya bukan dari department yang sama dengan rakan ni. Entah kenapa rakan ini telah memilih kami untuk conduct farewell untuk dirinya sendiri, terujalah kan. Base pada pendapat rakan ini, kami2 ni memang havoc but peace :) ...thanks for complement. Hanya ada beberapa rakan saja dari department yang sama dengan rakan ini di jemput sendiri oleh tuan empunya badan.

Kami cuma conduct event saja, jemputan itu bukanlah tugasan kami. Ikut suka rakan inilah dia nak jemput sapa untuk join sama.

Farewell ala pot luck, banyak makanan yang dapat kami bawa bersama2 dan ada jugak main dish yang rakan ini bawak sendiri seperti laksa johor dan desert. Dari duit collection pulak telah dilaburkan kepada nasi kerabu lauk ayam dengan daging bakar. Minuman, kuih muih, buah buahan semuanya dah dibahagi mengikut individual contribution. Special montaj  dan present untuk rakan ini pun sempat kami buat, alhamdulillah.

Macam biasa kami akan sentiasa memenuhi apa sahaja kehendak rakan ini, ialah rakan ini orang lama sebenarnya tapi kalau dah rezekinya sampai di situ saja kan. Live must move on, so diharap segala2nya perfect for him, inshaAllah.  

2 comments:

Unknown said...

salam..
yang penting nilai persahabatan yang terjalin dieratkan

At-Tarmizi said...

insya-Allah =)