Sunday, August 21, 2016

Lunch tadi di pasar ikan

Sebut pasal seafood, mesti ramai yang suka makan kan. Tak terkecuali pada saya jugak, sebut je apa jenis seafood, semuanya bedal tanpa rasa bersalah pun. Tambahan lagi saya tidak ada apa2 ALAHAN dengan makanan laut ni. Setiap bulan pasti ada activity makan ikan bakar mengikut tempat2 yang di ingini, bagi melepas keinginan orang kata. Tapi dekat bandar KL ni memang agak mustahil nak jumpa hidangan seafood yang murah dan fresh, mungkin ada jugak kot tapi perlu rajin2kan diri sentiasa mencari macam mencari pokemon tu hikssss...kemaruk Pokemon Go dah saya ni. Cuma satu tempat saja yang kebiasaannya saya pergi bila teringin sangat nak makan seafood sedap, tentulah di Manhattan Fish Marker.

Rata2 sekarang orang kalau datang MFM ni mesti order ketam, best je tengok member meja sebelah mengokak ketam...jemah mampu tengok je huhuhuhuhu. Bukannya saya tak boleh makan atau tak suka makan ketam TAPI suami yang tak suka makan ketam ni. Alasannya memang sakit hati jugak dengar tapi sungguh2 memang dia takmo makan ketam. Nak tau apa alasan sakit hati tu, sebabnya "ketam banyak kulit nak kena buang dan susah nak makan". Walaupun betul alasannya tu tapi kadang2 saya makan hati jugak kalau setiap kali ajak dia makan ketam, mentah2 je kena reject.

Jadi kami order je makanan lunch kami hari ni seperti gambo di bawah, selamat berhujung minggu gais :p

beverage - warm water and soft drink

Manhattan Star Platter - kenyang sampai ke malam makan ni

4 comments:

fiza linolie said...

Huhu... Sedap mkn makanan laut haihh... Paling fiza suka ketam. Kalau masak sos atau kica. Fuh! Sama macam suami fiza tak suka mkn ketam. Alasan dia pun byk kulit dan susah nak mkn. Tapi kalau fiza nak makan... Ok je.

fiza linolie said...

Huhu... Sedap mkn makanan laut haihh... Paling fiza suka ketam. Kalau masak sos atau kica. Fuh! Sama macam suami fiza tak suka mkn ketam. Alasan dia pun byk kulit dan susah nak mkn. Tapi kalau fiza nak makan... Ok je.

nuyui a.k.a miss YUI said...

tu dia sdpnya tgk..

aizamia 3 said...

Gugur diet cenggini.. hehehe..