Monday, August 1, 2016

Malasnya...

Semalam rasa malas semacam nak keluar walaupun ada beberapa lagi jemputan open house. Penat agaknya diri ni asyik tak lekat di rumah, akhirnya saya ambik keputusan untuk tidak hadirkan diri ke setiap open house semalam dan duduk diam2 di rumah sambil bermalas2 depan tv. Nikmatnya seharian tengok tv, habis segala cerita korea saya layan especially drama korea. Walaupun tak faham awalan cerita, belasah sajalah...janji seronok je layan itu pun dah cukup.

Sebelah malamnya keluar sekejab untuk bungkus nasi campur je. Ha itu dia, punya nak berehat sangat sampai masak pun malas. Penat makan biskut dengan roti di siang harinya, malam pulak makan nasi campur je...itu pun bungkus bawak balik. Nak duduk dekat kedai makan lama2 pun malas. 

Agaknya semalam hari malas2 saya kot. Mujur saja mood malas tu habis semalam jugak, tak melarat sampai ke hari ini :p

5 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

oklah tu kak.. akk jrg mls.yui selalu malas acaner.. eekeke

Sue Bee said...

Uihh..kan best lagi duduk kat rumah tgk ceta korea..dasat gak sampai dinner pon bungkus tuh..nasib baik tak melalut ke hari senin,.

Kakzakie Purvit said...

Itu yg dikatakan rumahku syurgaku Ann
Duduk bermalas-malasan di rumah sendiri memang best:)

anis abdullah said...

Datang malas aku...seminggu tak lipat kain..ermmmm nangis tengok.

Jiwa tani said...

bab tu memang tak de ubat...ekekekekek