Monday, August 8, 2016

Misi untuk recover

Sabtu lepas badan masih belum sepenuhnya kebah dari demam tapi dah boleh berkuat sikit compare dari hari sebelumnya. 

Maka pagi2 lagi selepas solat, saya terus bersiap keluar untuk memanaskan badan selepas 2 hari saya berpantang ke gym. Badan sendiri ni memang faham sangat, selagi tidak dikeluarkan peluh memang susah nak recover sepenuhnya dari demam tu. Saya datang ke Pusat Belia dan Sukan Paroi. Oh ye, Jumaat malam saya balik ke Seremban selepas dipaksa rela kakak balik ke sana. Salah suami jugak muahahahah boleh pulak dia pegi hantar report yang saya ni demam dan kakak pulak pantang bila tau macam ni punya keadaan, terus paksa rela balik Seremban. 

Sampai di komplek ni seawal 7am, dah ramai orang waktu pagi tu. Alhamdulillah sekarang ni semakin ramai yang suka memulakan waktu pagi mereka dengan aktiviti sihat macam ni, kesedaran itu semakin positif penerimaannya orang rakyat Malaysia ketika ini. 

Memulakan dengan warm-up, ini sangat penting ye...jangan main terjah je buat aktiviti tanpa memulakan dengan warm-up dulu. Selepas itu mulalah aktiviti larian saya seperti biasa, lite2 cuma sebab saya perlu simpan tenaga untuk SCKLM nanti. Ye cuma sehari je lagi tapi sangat2 rungsing sebab badan masih tak fully recover dari demam, Ahad nya pulak nak lari full marathon 42km...perh sangat mencabar fizikal mental. Keyakinan dan kemampuan itu memang tidak yakin berjaya tapi semangat saya je lagi yang masih terlalu ingin berlari untuk SCKLM ni. Suami pun tak akan izinkan saya berlari sekiranya suhu badan saya tak turun dan macam2lah alasan kukuh dia untuk menghalang dari saya turut serta event itu.

Erm...adalah saya berjaya atau pun saya tidak lari langsung, bersambung ye...

5 comments:

Nurzakiah Hanum said...

all the best

Kakzakie Purvit said...

En. Faizal tu sayang wife dia.
Nanti kalau demam berpanjangan dia pun susah juga Ann.

anis abdullah said...

aku agak ko tak pergi beb...sebab ko punya badan lemah..camner...kalau ko lari jugak..42km tu..dush..

wahida said...

skrg ni mmg ramai yg mengamalkan gaya hidup sihat kan...bagus la mcm tu kan...

Siti Yang Menaip said...

terbaiklah.. memang rajin. CT dlu suka jugak tapi sejak slip disc memang tak lari2 and loncat2.. buat aktiviti cardio lain yang boleh keluar peluh gak..