Saturday, August 13, 2016

Sabtu yang best

Seronoknya bila sampai hujung minggu kan, boleh rehat2 dekat rumah ikut sendiri punya suka. Saya memang sangat suka bila sampai hujung minggu macam ni. Selepas subuh boleh terus keluar berlari sekeliling taman perumahan. Bila dah siang sikit sekitar 8am, sebelum balik ke rumah singgah dulu gerai jual sarapan. Sebagai reward diri sendiri selepas lari, belilah apa2 yang rasa nak makan sebagai sarapan pagi.

Lepas tu rehat sekejab sebelum mulakan acara mengemas dan keluarkan bahan2 untuk makanan lunch. This is LIFE dan saya sangat suka keadaan macam ni. Mungkin kerana selalu berada di luar rumah untuk bekerja, makanya perasaan duduk di rumah adalah sangat nikmat ek.

Seperti hari ini, saya nak sediakan hidangan lunch yang simple senang disediakan dan tentulah sedap kan, hilang akal ke nak masak sesuatu yang tak sedap ye tak. 

hidangan hari ni, limpa goreng kunyit, ikan goreng, taugeh hijau goreng dengan bendi rebus

Lepas lunch tadi ketika mood rajin masih ada lagi, terus keluar mendobi pulak. 2 bakul settle untuk hari ini. Alhamdulillah, hari ini cuaca sangat bagus sekali.

4 comments:

Siti Yang Menaip said...

wow pegi jogging.. rajinnya bagus2.. kipidap hehe and yes.. duduk golek2 during weekend sangat osem sebenarnya..

ZULHILMI TEMPOYAK said...

smlm rasa mcm tido ja. ehehehe

Cik Nor said...

sdapnya..:)

Sue Bee said...

bestnya dapat gi joging.. SB joging dlam rumah, ke hulu ke hilir dalam rumah bawa penyapu mop kain lap segala..hahahaa!!.. rutin hari -hari