Tuesday, August 2, 2016

Susu kucing

Membela kucing ni bukan setakat bagi makan, sediakan tempat tinggal tapi kalau yang dari kecik2 anak tu kena bagi susu sekali. Itulah lumrah saya kalau ada kucing yang beranak kecik dan maknya tak larat nak menyusukan anak yang ramai tu. 

Anak buah punya kucing beranak kecik. 3 ekor je sebenarnya tapi orang kata beranak sulung kan, air susu tu tak berapa nak banyak. Kesian pulak, maknya dah naik kurus kering sebab anak kecik kuat menyusu.

umur anak2 ni sekarang dah 3-4 minggu, ke dah sebulan...entahlah

Susu kucing ni kena beli dekat pet shop, jangan pulak pegi bagi susu pekat ke cair ke...pokok pangkalnya jangan bagi susu yang kita buat minum teh tarik tu, tak sesuai untuk perut kucing. Kalau anak2 kucing saya dulu sangat suka minum susu kambing, pun ada jual dekat pet shop jugak. Susu kambing tu manusia pun boleh minum tapi takkan nak berebut susu dengan kucing pulak kan. Sampai sekarang kucing saya masih minum susu kambing walaupun dah besar umur lebih setahun pun, tak tau bila nak berhenti...tak sampai hati nak berhentikan sebab suka sangat tengok diorang berebut2 minum susu sampai habis :p

Nantilah kalau teringat nanti, saya up gambo bentuk rupa susu kambing yang biasa kucing saya minum tu.

macho tak kita (*_*)v

6 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

ololoo kesian ibu kucing ea.. anak pertama..
nsb bek bg susu lain.

Jiwa tani said...

Salam.....

oooo baru saya tahu ada jual ssusu kucing di pet shop..
saya beri susu pekat manis je.....tapi saya bancuh cair cair

Kakzakie Purvit said...

Dah macam baby org aje Ann buat anak kucing tu:)

wahida said...

comel sangat tgk kucing tu menyusu...
suka baca entry ni...sbb baru tahu ada susu khas utk kucing...
sbb kadang kalau nampak kucing tepi jalan, tak sampai hati tgk dia kelaparan, bg susu yang anak2 minum tu...huhu...

anis abdullah said...

kemain kucing yang last tu. muka...hensem k.

Siti Yang Menaip said...

bestnyaaaa ada kucing2 nak dibela.. alahai comel sangat ni depa semua..