Monday, August 22, 2016

Wondermama Bangsar Village

Ini bukan entry review makanan dan saya memang sangat jarang nak review2 makanan ni, bukan pencinta makanan sangat so tak berapa pandai bab2 citarasa makanan ni, tau kalau tekak sendiri boleh tekan consider ok je. Last Saturday pergi ke Bangsar Village untuk mencari sesuatu, sangat lama tak ke sana sebenarnya. Bila sampai sana tu rasa macam terpinga2 pulak sebab banyak dah yang berubah dalam BV tu terutama sekali kedai2 dalam tu. Ada jugak yang masih ada sama macam last time. 

Datang ke BV selepas waktu lunch + saya dan suami pun dah makan di rumah sebelum keluar ke BV ni. Bila dah berjaya mencari barang yang dihajati, terasa nak minum kopi dulu sebelum pulang. Pusing2 mencari tempat kopi yang best, akhirnya kami lepak santai di Wondermama.

Tertarik dengan susun atur dan deco dalam restoran ini, sangat cantik. Restoran yang terbahagi kepada 2 bahagian, di dalam dan ada jugak kawasan di luar restoran yang sesuai untuk smoker. Saya macam biasa lebih suka duduk di dalam restoran, but no worries...dekat luar tu surrounded by shady plants and there are also ceiling fans to keep cool. Lebih suka old school yang diterapkan pada konsep restoran ini.

Durian crepe with ice cream...pantang jumpa menu yang berasaskan durian ni, cepat aje nak mengodernya. Nak jugak merasa durian crepe dekat Wondermama ni kan, sedap ke tidak!!! Order satu saja, makan share dengan suami. 

As usual, hot mocca untuk saya. Walaupun hari panas tapi when comes to coffee, memang saya selalu inginkan yang panas saja. 

7 comments:

fiza linolie said...

Durian crepe dgn aiskrim pulak tuk. Mesti sedap nak2 makan time cuaca panas. Huhu... Terbayang-bayang pulak dibuatnya :)

anis abdullah said...

Belum pernah test..

aizamia 3 said...

Bila tempat makan ada durian, agak fail sikit nak makan sebab kite tak layan durian.. :( tapi coffee.. its fine for me.. ;)

Sue Bee said...

alamak.. durian crepe la..(lap aiklio jaaa SB)..

ZULHILMI TEMPOYAK said...

mesti btol2 relax bila gini kan2..

dear anies said...

durian crepe ke tu? kenapa sy nmpk mcm cereal je ya? ;-)

sya mimie said...

durian crepe? dah lama nya tak makan...

comel nya mocca tu.. syng nk minum. hihi