Wednesday, September 28, 2016

Bila masuk recovering proses masa chicken pox

Last weekend balik ke rumah my sista di Lenggeng. Kena paksa balik sebetulnya sebab saya masih lagi down with chicken pox cuma masa tu badan dah tegap sikit tapi bila malam bisa2 badan datang menyerang semula. Cucu saya yang kecik tu tak dibenarkan balik kampung, takut nanti mau berjangkit dekat budak kecik tu nanti. Yang besar2 takpe sebab mereka semua dah pernah kena sebelum ni.

Tiada apa sangat pun bila duduk di rumah my sista, nak makan pun kena pantang. Ikutkan kena pantang sebab takut gatal2 badan tapi saya alhamdulillah takde gatal2 pulak cuma jaga makan jugak takut tinggalkan parut dekat badan nanti macam kicap kopi tu semua tak boleh makan minum buat masa ni. Mujur je saya bukan seorang yang obses dengan benda2 tu. Ayam ikan even seafood saya boleh makan macam biasa tanpa ada rasa gatal. Air kelapa pulak saya dah stop minum hujung minggu lepas, cukup 5 hari saja saya minum. Ini mak mertua pulak suruh stop bila dia tengok dah banyak yang keluar dan takde lagi yang nak tumbuh. Ikut sajalah apa kata diorang, dah kita jugak yang menanggungnya nanti kalau tak dengar kata kan.

terubuk masin untuk makan lunch

roti canai untuk sarapan

Apa lagi yang nak dibuat bila duduk di rumah kakak ni selain dari makan, makan dan makan. Cuma waktu ni masih tak keluar berjalan2 lagi selain dari transit ke rumah mak mertua or rumah kakak saja. 

5 comments:

Kakzakie Purvit said...

Kakak terliur pulak tengok terubuk masin tu Ann:)

nuyui a.k.a miss YUI said...

sdp lak tgk ikan tuuu.

anis abdullah said...

Sedapnya makanan orang sakit...

Aiezza Sue said...

Ooo..kena pantang makan juga la kan, akak kena chicken pox msa dlm pantang bersalin, makan dah tentu2 makanan orang berpantang pon :)

hainom OKje said...

Laaa....kena chiken pox ke. Saya pun kena masa anak dara. Nasiblah tang muka tak banyak timbul. Kalau tak, hilang seri pengantin hihi.
Yelah ...menyelerakan sungguh ika terubuk masin tu