Thursday, September 8, 2016

Family dinner

4th week September, saya dinner di rumah my sister dekat Lenggeng. Kakak call suruh balik semua adik beradik hanya kerana nak dinner sama2. Hai la kakak daku sorang ni, mujur je semua adik beradik dekat2. Dekat2 pun KL Seremban Bahau jugak la tapi momantai, demi keluarga daku turutkan aja kecuali kalau ada hal lain yang betul2 tak boleh dielakkan.

senja nan biru tapi gazebo gelap gulita

Saya sampai agak awal, lepas zohor dah keluar rumah. Settle dulu segala hal sendiri dan suami, lepas tu terus drive balik ke Lenggeng. Sempat lagi tolong masak2 hidangan dinner. Walaupun kakak yang ajak dinner...takkan datang untuk makan semata. Kalau boleh balik awal untuk tolong2 masak apa salahnya. Selection menu biasanya ikut permintaan, masa inilah yang paling saya suka...boleh request nak makan apa, akan cuba dipenuhi sekiranya termampu. Sekiranya takde permintaan, tuan rumah masak je ikut selera sendiri.

Dan ada yang requested menu rupanya, meh tengok apa yang disediakan;

Inilah dia, masak lemak cili padi daging salai dengan jering. Saya memang tak makan ni sebab tak suka makan jering. Jering ni kalau dimasak, habis segala2nya akan berasa jering jugak...memang TIDAK lah dengan saya.

Menu wajib setiap kali kakak saya ni buat makan2, kari kambing. Abang ipar memang suka makan kari kambing, tu yang menjadi menu wajib tak kira apa jua acara. Adik beradik saya tak berapa sangat daging2 merah ni tapi kalau dah ada bedal saja, kari kita kan letak santan...memang sedap la. Kuah tu boleh simpan buat cicah roti ataupun cekodok tepung.

Ini baru menu wajib saya, senang je tak cerewet pun tekak ni. Kalau uolsss nak jemput hakak datang rumah makan2, hidang ikan goreng kosong dengan budu...sungguh2 ni, hakak tak mengata punya :) Adik beradik saya yang lain memang dah arif sangat selera saya, kalau ada ikan goreng dengan budu memang tak usik dah menu lain. Makan ini je dah boleh bertambah nasi 2 pinggan. 

Ini sajalah menu family dinner kami tempoh hari. Tak banyak sedikit janji semuanya dapat berkumpul dan makan sama2, itu je pun yang pentingnya dalam keluarga. Kejadian ini adalah sebelum suami demam campak, kalau sekarang dihidangkan menu2 ni depan dia...ontahlah, ada yang langgar pantang nanti.

1 comment:

Anis Azalea said...

Dah sihat ke laki kau tu Annnnn..