Thursday, September 15, 2016

Hari pengorbanan

Pagi raya adalah sama saja pada setiap rumah kan. Seisi rumah pastinya sibuk dengan tugasan masing2. Raya kali ini saya tak dapat solat sunat hari raya, biasalah masalah perempuan tak boleh ditahan2. Beri laluan pada yang bergegas untuk nak ke masjid, walaupun bilik air ada 3 tapi yang satu tu je tetap menjadi tumpuan...agaknya sebab berair kolah, yang lain tu air pancuran saja. 

Di dapur hanya sibuk dengan menyediakan hidangan selepas solat nanti. Tiada air disediakan pun. Leka panaskan kuah masak air, tiba2 rumah jadi sunyi sepi...dah berlalu rupanya mereka2 ke masjid.

Hidangan pagi raya, hanya nasi dagang beserta condiment nya sekali. Minuman dah tentulah teh susu, teh o, kopi o dan minuman2 2in1. Ramai orang, ramai jugak seleranya...baiklah buat sendiri minuman pilihan masing2. 

Lebihan makanan semalamnya pun masih ada lagi dan rendang juga dah siap masak. Memang biasa tak sediakan makanan banyak di pagi raya sebab nanti pasti periuk sup tertenggek di tungku menunggu tulang2 lapahan masuk ke dalam. Sediakan aje mee kuning, bihun, sambal kicap dan daun sup daun bawangnya.

Tunggu sehingga semuanya balik dari masjid, barulah sarapan beramai2.

Selepas siap sarapan, mulakan acara 'akad' untuk korban. Biasanya hari raya korban saya sekeluarga memang takda gambar2 keluarga. Baju raya pun biasanya pakai baju lama saja or paling senang sarung jubah pun dah cukup. Tudung pulak tak payah nak shawl sangat lilit2 bagai, hakak sarung je tudung syria.

Lepas 'akad', terus saja ke belakang rumah. Acara penyembelihan akan dimulakan sekejab je lagi. Suami hakak dengan baju melayu johor berkain pelikat saja, itulah fesyen dia ke masjid jugak. 

Penyembelihan jugak dilakukan oleh abang2 saya saja. Sediakan aje parang sembelihan, selebihnya serahkan pada mereka. Suami saya tak buatlah, dia tak reti sembelih2 binatang ni.

 korban pertama

 korban ke dua

 korban ke tiga

Dari sembelihan sehinggalah melapah semuanya kami lakukan sendiri dengan dibantu jugak oleh jiran2 tetangga dan saudara2 yang hadir sama. Cuma proses melapah tu agak lambat jugak sebab pakai parang je, kalau dekat masjid biasanya ada mesin pemotong daging...cepat sikitlah prosesnya. Alhamdulillah, selepas solat zohor daging2 korban dan boleh diagihkan kepada yang berhak. 

Mana yang menjadi bahagian kami sajalah yang kami masak untuk makan tengah hari. 

Sempurna sudah ibadah korban kami untuk tahun ini, semoga diberkati. InshaAllah sekiranya berkemampuan lagi untuk tahun hadapan, kita berKORBAN lagi. 

3 comments:

Anis Azalea said...

Alhamdulillah semoga korban diterima Allah

kimchaa said...

Menyesal baca entry niih saat perut bergelora. Laparrr . Tengok nasi dagang tuuh sedap .. huargghhhh

OKje said...

Sama je kita ....biasanya Raya Aidil adha taklah beriya sangat. Pakai apa yg ada ajelah hihi....Pagi Raya tu mcm nak masak, tapi takut tak termakan sebab akak dah bagi lauk. Buat rendang kerang aje.

Sedapnya lahai tulang lembu buat sup