Wednesday, September 14, 2016

Malam menjelang hari raya korban

Agaknya menjadi satu trend dalam keluarga saya, mesti akan ada acara bakar2 binatang untuk di makan...bbq la tu. 2-3 tahun ini je yang baru terjadinya aktiviti ni tapi macam dah menjadi acara wajib pulak. Tapi saya suka je sebab best kan, sapa tak suka bbq...makan ayam bakar ke kambing bakar ke daging bakar ke kan tapi sangat jarang buat bakar2 seafood. 

Abang saya adalah orangnya bertanggungjawab buat semuanya ni, dari marinate sampailah menyalakan api, dia punya kerjalah tu. Tukar bakar pulak biasalah ikutkan yang lelaki2 mana ada masa tu, sukalah diorang part bakar2 ni. Kami pulak yang pempuan2nya suka makan je, asal masak makan...habis dalam pinggan tambah lagi selagi ada. Dah habis nanti semuanya lesap, yang lelaki jugaklah dok kemas segala perkakas tu nanti.

Antara bahan2 bbq malam raya tempoh hari;

ayam sudah semestinya, peha dengan kepak. ada jugak bontot ayam tapi ini orang perseorangan punya...hah gitu

 sausage ni saya yang suka, ikutkan abang memang dia takde masukkan benda alah ni sekali dalam list marinate dia. sedap ape, sausage bakar...diorang ni je yang tak pandai menghayati kahkahkah

itulah dia bontot ayam, ini memang menjadi rebutan sangat. kalau nak memang kena chop awal2 sebab dikuatiri akan tinggal lidi je kalau lewat seminit. Part ni memang bakar paling last, bagi semua orang dah sentak melantak...dah tak lalu lagi nak merebutkan bontot nan secucuk tu

6 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Meriahnya Ann sambut raya aidil adha. Memang best berBbq sambil bersilaturrahim sesama family.

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Meriahnya Ann sambut raya aidil adha. Memang best berBbq sambil bersilaturrahim sesama family.

Kakzakie Purvit said...

Boleh pulak tu dpt banyak bontot ayam bebanyak..

anis abdullah said...

Hahaha lelaki memang terasa kelakian kalau sediakan bbq ni. Sebab tu depa suka. Untungla korang takyah basuh alatan bbq..berkerak kot..haha

Kim Chaa said...

Arrrgghhhh .. makanan lagi. Meriah nyeee raya akak ..

hainom OKje said...

Best kalau ada org yg rajin marinate dan bakar bakar ni....Taklah kita orang pompuan semua yg kena buat.
Bestnya...mesti meriahkan