Sunday, October 9, 2016

Hari Sukan Negara yagn sangat memenatkan tapi tetap enjoy

Almost tengah hari baru terbangun dari tido pagi tadi akibat terlampau penat sangat dengan aktiviti semalam. 

Pagi semalam dalam 9am dah keluar rumah untuk pegi breakfast dengan Anis ke Kinrara (BK4). Teringin nak mencuba masakan Terengganu yang femes emes dekat situ dan memang dah kebetulan dekat sangat dengan rumah dia, terus ajak breakfast sama. Anis datang sorang, anak tak bangun tido lagi jadi suaminya tak join.

Selepas habis breakfast, update cerita gebang gebang sampai bertambah2 order air, duduk dekat kedai tu aje sampai almost nak tengah hari baru gerak ke Shah Alam. Saya kena collect running bib untuk event tengah malam tadi. Puchong dengan Shah Alam dah tak jauh sangat dan nak collect bib tu dekat Stadium Shah Alam je.

Selepas collect bib, terus rush balik ke rumah sebab ada another appointment lagi di sebelah petangnya. Sampai je di Ampang terus pegi pet shop untuk beli makanan kucing dan bila dah settle terus je balik ke rumah dalam 2pm.

Rehat sebentar sehingga 5pm dan keluar semula dengan kawan untuk ke 1 Mont Kiara for attending Fitness First Open Day bersempena Hari Sukan Negara. Kan semalam HSN, jadi sana sini akan ade je aktiviti kesukanan...memang bagus kalau setiap minggu adalah hari sukan kan. 

Sampai di 1 Mont Kiara, nak naik ke FF Club pun malas, letak beg dekat bawah je. Waktu saya sampai tu acara Zumba dah bermula, nak mencelah macam malas sebab orang ramai...maka tunggu sampai next session. Tepat 645pm, Sh'bam session pun bermula...terus laju2 ambik tempat, geng sh'bam ramai so duduk dalam satu group FF Avenue K. Sh'bam berlangsung selama 1 jam dan selepas tu break 5mins sebelum continue dengan Bodyjam pulak. Continue lagi dengan Bodyjam selama 2hrs. Penat memang penat waktu ni tapi tetap teruskan jugak sebab fav sangat session ni. 

Sedar tak sedar 930pm baru habis program dekat FF 1 Mont Kiara, terus gegas keluar sebab suami dah menunggu di luar bangunan. Tapi sebelum tu singgah Boost for protein juice sebab lepas ni akan ada another event yang sangat memerlukan extra tenaga. Tak cukup boost juice, beli lagi air Root Bear dan coklat dekat MyNews. Sangat2 memerlukan sugar rush waktu tu. 

Keluar je dari 1 Mont Kiara, terus gegas ke Uptown PJ untuk dinner sebab my friend dah lapar. Ngam2 sampai sana dalam 10pm, terus je order makanan. Saya order kuew tiew goreng ayam tapi makan sikit je...tak berani nak makan banyak sebab dah lewat sangat masa untuk makan berat sebelum next event. Selebihnya suami makan habis + dia pun order yang sama jugak. Makan memang rushing sebab 11pm saya dah kena gerak semula ke Shah Alam. 

Tepat 11pm terus gerak ke Shah Alam, kesian my friend sebab kena balik sorang tapi saya memang dah informed her earlier yang saya ada next event lepas dari open day tu and she ok with that. Alhamdulillah jalan pun clear dan saya sampai di Stadium Shah Alam sekitar 1130pm. Memang tak sempat nak tukar baju and seluar pun, redho saja pakai dance attire untuk running. Pasang bib siap2 tukar running shoes dan terus pegi toilet dulu, ini memang harus supaya takde rasa nak terkucil masa lari nanti. 

Inilah event yang terakhir malam semalam, concider early this morning coz start at 12am. Yes, last event kena lari 21km pulak tengah2 malam tadi. Nak ikutkan memang sangat penat dengan sebelum tu dah menari non stop for 3hrs lepas tu nak lari lari half marathon, ikutkan kaki ni memang dah hampir nak mintak kena seret je tapi saya tetap challenge diri sendiri...ingin tahu kebolehan diri sendiri sebetulnya. 

Walaupun saya dah tak mampu untuk berlari sepenuhnya tapi still manage to run till finishing line lest than 3hrs tapi beachmark memang sangat teruk. Masa berlari ni saya tak kisah dah pasal competition, just enjoy the run je. Lari santai2 saja, pace pun tah ke mana. Tetap saya berpuas hati walaupun larian memang teruk, yang penting semangat untuk teruskan tetap ada dan tidak berhenti separuh jalan. 

Selepas habis semuanya, terus balik ke rumah. Tak singgah mana2 dah, kesian suami pun sama penat sebab seharian jugak dia terpaksa berlari ikut jadual saya. Sampai di rumah dah 4am, terus mandi dan tidur tak sedar diri.
     
Selepas Zohor tadi terus balik ke Lenggeng. Sampai je di sana terus dihidang dengan buah kundang fresh dari pokok sendiri. Saya pilih yang betul2 masak je, sebab manis...masam2 ni saya tak berapa pandai nak makan. 

Makan tengah hari pun dah sedia, terus je makan. Menu ikan baung masak tempoyak, ulam petai, kerabu manga, ayam masak sambal dengan kacang panjang goreng. Petang tadi balik semula ke rumah, pegi sana untuk makan je :p

6 comments:

Anis Azalea said...

Sedapnya buah kundang dah lama tak makan....

skuterlady.blogspot.my said...

gebunya buah kundang tu

Julia Johari said...

Menu ikan baung masak tempoyak tu wowwwwwwww ditambah dengan buah kundang masak ranum...mmg heaven sungguh la

OKje said...

Rajinnya berlari Ann....salute sangat tau. Mmglah....harus tak bangun kalau dah tidur lambat dan badan pun penat sangat tu.

Mak aiii lauk kg sedapnyaaaa

OKje said...

Rajinnya berlari Ann....salute sangat tau. Mmglah....harus tak bangun kalau dah tidur lambat dan badan pun penat sangat tu.

Mak aiii lauk kg sedapnyaaaa

dear anies said...

waduhhhh semuanya sedapppppppppp