Tuesday, October 4, 2016

Kemaruk lepas tu menyesal

Hari pertama saya masuk office selepas 2 minggu MC diserang chicken pox. Minggu lepas dah masuk sebenarnya tapi sekejab saja memandangkan saya masih dalam MC lagi. Jadual hari ini takde kelang kelibut pun, berkat masuk office sekejab minggu lepas dan sempat arrange schedule untuk minggu ini...tak bercelaru kepala. 

Tak banyak perubahan pada muka saya selepas chicken pox ni sebab tak banyak tumbuh dekat muka tapi lebih banyak tumbuh dekat badan. Ada jugaklah 5-6 biji tumbuh dekat dahi tepi2 pipi tu tapi syukur sangat2 tidak meninggalkan parut. Memang bersungguh2 betul pantang masa demam chicken pox tu, takut sangat kalau nanti meninggalkan parut kekal. Memang ramai yang kata kalau kena chicken pox bila dah usia tua ni, sakitnya memang hazab dan lepas tu akan meninggalkan parut kekal. Cuma suami saya je lagi yang masih ada parut2 di mukanya yang tak hilang lagi...tapi dah mulai pudar.

Lagi satu perubahan pada diri saya, semakin susut. Semalam saya timbang berat dan now berat dah bawah 50kg. Itu memang kesan selepas sakit/demam kan, berat badan pun turun mendadak. Saya dah mula binggung, saya kena naikkan semula berat badan ke paras 52kg coz itu adalah berat ideal saya. Kena makan lebih carbo lepas ni walaupun saya sangat menjaga jenis pemakanan. Saya tak nak berat badan bawah 50kg coz tak fit langsung untuk badan dan stamina saya tak berapa ok bila terlalu ringan ni. I have do something to my meal after this.
  
Dan hari ini saya mula makan something yang berlemak iaitu nasi lemak. Sarapan pagi tadi dengan nasi lemak tetek, nak beli yang berlauk takut tak habis tapi biasanya memang tak pernah habis.

Lepas tu tengah hari tadi pun lunch nasi lemak, wahhh gigih betul menelan nasi lemak hari ni walaupun tekak rasa macam nak menolak dah. Nasi lemak tetek jugak tapi ada telur rebus. 

Tapi sekarang saya dah rasa bersalah sangat sebab makan 2 bungkus nasi lemak yang julung2 kali terjadi dalam hidup. Malam nanti nak keluar berlari untuk burn all the lemaks yang terkumpul dari 2 bungkus nasi lemak ni. Hopefully 10km boleh burn semuanya. 

2 comments:

Anis Azalea said...

Missing nasi lemak tetek. Eh wait ada daun pisang lagi boleh bungkus2..haha

nuyui a.k.a miss YUI said...

sdp tgk nasi ni kak.. tu dia, turun berat.. yela, kesan sakit..