Friday, October 28, 2016

Kucing lagi

Kerja ke uolsss...hakak jemah cuti ni ha. Bukan ambik cuti atau cuti sakit tapi memang cuti sebab besok hari raya cahaya kan. Makanya hakak jemah dapat cutilah hari ni sempena nak masak rendang ayam petang ni. Nak kemas2 rumah, sapu2 lantai, nak beli bunga kekwa bagai jugak ni.

Hakak jemah ni hidup bermasyarakat 1 Malaya, ikut seruan katanya. Apa lagi yang mampu kita buat selain dari mengikut aje apa yang dah disyaratkan, harapnya bertukar lah nanti syarat2 tu di tahun hadapan. 

Petang semalam anak buah bawak balik anak kucing. Anak kucing ni dah dua hari dia nampak bermain2 dekat parking area rumah dia. Bila dia tengok anak kucing tu mengiau2 lapar, terus je dia angkat bawak naik ke rumah. Bagi makan wet food, minum susu kucing...kemain berselera lagi anak kucing tu. Habis dengan sekali hadap je, memang betul2 lapar dia. Anak buah nak jaga anak kucing tu selagi takde sapa2 yang tuntut, kalau ada kena pulangkan kepada yang hak. Kalau takde yang tuntut nanti biarlah dia jaga. Kesian katanya.

inilah dia anak kucing tu, lebih kurang 2 bulan jugak ni base on size badannya. masih craving nak menyusu lagi tapi minum susu kambing je la ye nak. tak tau sapa maknya, sapa tuannya?!!!

dan besar ni jugak dah lasak bermain2, habis semua benda dalam rumah nak dipanjatnya. kalau berjalan pulak, hati2...pasti ada yang menangkap kaki nanti :p

7 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

ololoo comelnya dia.. nsb bek jmpa org yg nak amk dia..alhamdulillah

Anis Azalea said...

Aku takut gila kucing grab ankle aku. Mesti rasa debar2..hahaha.

Kakzakie Purvit said...

Baya-baya inilah yg paling kakak takut Ann kalau dah kata kejar kaki mahu kakak menjerit dulu :)

Tapi besar ganjaran anak buah Ann tu.

fiza linolie said...

Cutenya... Geram tengok :)

Sue Bee said...

Comel..teringat masa memula ada pelihara anak kucen..jalan kena hati2 sbb takut tetiba terpijak, kecik sangat

dear anies said...

tomelllllllllllllllllll nyerrrrrrrrrrrrr

hainom OKje said...

Mcm anak kucing kat rumah ni Ann. Bulu putih jugak tp ada setompok hitam kat atas telinga. Kucing pun mcm manusiakan. Besar besar ni asyik nak main aje kejenya