Saturday, October 1, 2016

Malam minggu

Seronoknya bila tiba hujung minggu, tambahan pulak cuti sampai Isnin kan lagi bertambah2 seronoknya. 

Saya suka hujung minggu ni, hujung minggu ni lah jugak masa nak buat aktiviti yang kita suka, masak apa yang kita angan2kan nak masak dan yang penting, hujung minggulah masanya kita berkumpul bersama keluarga. Saya memang suka ni, sentiasa menantikan hujung minggu untuk berkumpul ramai2 tak kira dengan keluarga sendiri or keluarga mertua.

Macam hari ini, siang tadi saya attend wedding di Paroi. Lama tak makan nasi minyak perantin, sekali sekala dapat makan tu amboiiii sedapnya rasa nasi minyak ye. Selepas tu saya balik ke rumah my sista di Lenggeng. Malamnya janji nak dinner ramai2 di sana.

Ini kucing anak saudara saya, tak ingat pulak apa namanya. Kucing banyak sangat sampai tak boleh ingat dah nama masing2. Lepas ni kena letak nama dekat kalung masing2 la, senang sikit nak ingat.

Antara menu dinner tadi, lauk sihat2 katanya. My sista tak jadi masak kancil yg abang ipar dapat tu sebab ada yang tak dapat join dinner tadi. Postpone to the later date je nanti sambil tu bolehlah lagi kalau abang ipar nak pegi memburu, kot2 ada rezeki.

1 comment:

Anis Azalea said...

Aku tunggu jugak cerita lauk kancil.