Saturday, October 22, 2016

Sabtu dan Bandung

Macam mana hari Sabtu korang semua?!! Mesti macam2 aktiviti kan. 

Saya pulak pagi tadi macam biasa nak keluar jogging tapi tak kesampaian sebab hujan. Hujan tu tidaklah lebat sangat tapi alasan hujan tu rasanya macam dah kukuh sangat untuk tukar outfit sukan kepada baju tidur semula :p Terlelap jugak sampai 10am baru terbangun semula sebab teringat nak keluar untuk weekly groceries. 

Bersiaplah suami isteri untuk keluar memberi barang2 nak masak lunch nanti. Kami selalu pergi ke Tesco Ampang saja, pagi2 biasanya dah ramai orang tapi tetap suka beli barang2 waktu macam ni sebab masih fresh lagi. 

Selepas selesai membeli, singgah Pejabat Pos untuk bayar bill boss saya. Waktu bekerja memang tak sempat nak buat bayaran bill, hanya Sabtu saja waktu yang sering saya guna untuk urusan bill...mujur saja Pejabat Pos beroperasi pada hari Sabtu, terima kasih Pos Malaysia. 

Keluar saja dari Tesco, waktu dah almost noon. Sebelum keluar rumah tadi pun kami tak lagi sarapan pagi jadi tanya suami sama ada nak singgah sarapan di mamak atau terus saja early lunch sambil doa2 dalam hati supaya suami setujulah nak early lunch tu. Ada alasan kukuh sikit tak perlu nak masak nanti mihmihmih

Seperti dapat baca kan fikiran isterinya ni, suami pun ajaklah early lunch supaya nanti saya tak perlu susah2 nak masak lagi...alahai suwettttt suami saya. Mulanya saya hanya mengajak makan di any mamak sekitar Ampang saja tapi suami craving nak makan nasi kandar di Brahim Shah. Bagai mengantuk disorongkan bantal gitu, saya angguk laju2. Makan nasi kandar tu, all time favorite.

Selesai saja lunch, terus balik ke rumah. Risau pulak kalau berlama2 di luar sebab tadi masa di Tesco kami ada membeli ayam ikan udang sotong, takut nanti jadi pekasam pulak. 

Sebelah petang tadi saya masak jugak tapi bukan untuk makan malam tapi untuk besok. Ada rajin sikit masaklah, senang besok just panaskan saja makanan tu. Dinner kami tadi hanya roti, siang dah makan begitu meriah kan. 

Rentetan beberapa bulan sebelum anak saudara lelaki saya selamat diijabkabulkan. Dia merelakan diri untuk ke Bandung membeli kain2 untuk seluruh ahli keluarga terdekat, kain ini nanti adalah untuk pakaian makpak makcik pakcik adik beradik. Cara sekarang kan kalau majlis kawin ni ahli keluarga mesti pakai sedondon gitu, kami pun tidak terkecuali jugak.

Masa bila lagi nak bagi kerja lebih dekat bakal perantin kan, ha masa nilah tugasnya bermula. 

Setiap jenis kain yang diminati ambik gambo dan send watsap dekat ibunya untuk memilih dan pilihan color adalah ikut pada permintaan perantin. Kami ahli keluarga ni menurut saja, bagilah peluang pada mereka membuat pilihan untuk hari besar mereka nanti.
  
Beg yang dah berjaya keluar dari perut beg yang lain, beg beranak orang kata.

Anak saudara saya ke Bandung bersama keluarga bakal mertuanya sekali sebab mereka pun punya tujuan yang sama. Pergi pun tak lama, hanya gunakan masa hujung minggu saja. 

Pergi Jumaat, pulangnya Ahad dan minggu seterusnya kain sudah siap diagih2kan pada yang berhak untuk di tempah. Kami suami isteri dapat 3 pasang setiap seorang, bergigihlah menghantar ke toiler selepas itu.  

2 comments:

Kakcik Nur said...

Sabtu semalam kakcik pun keluar awal ke Tesco Ampang. Beli barang dapur sedikit sebanyak tapi beratus RM juga yang terbang... :(

hainom OKje said...

Hihi....hakak pun kekadang mengharapkan En Suami ambik early lunch je Ann. Lelaki ni kekadang tah pape. time bekfes nak gak makan bekfes kan ....

Wahhh Ann banyak tu, kalau dah sorang dapat 3 helai. Fesyen apalah agaknya siapnya tu ye Ann.