Monday, October 24, 2016

Villa Bulus

Sekarang ni buntu betul nak masak, dah habis pelbagai masakan dari healthy sampailah yang tak berapa healthy semuanya dah. Tapi semua tu ikut apa yang ada dalam ais gobok ku saja, takdelah beria sangat kata orang. Bila dah takde idea tu mulalah selak2 balik buku resepi yang dah menjadi semakin lunyai. Dari majalah masakan, buku resepi dan seterusnya kepada file yang isinya jugak resepi2 dari internet yang di print and simpan sebagai handcopy. Ada yang dah dicuba dan masih banyak lagi yang masih belum tapi sikit2lah dulu ye, bila rajin nanti menjadilah tu.

Sebab dah buntu punya pasal, terus grab kunci kereta dan terus saja balik rumah kakak di Lenggeng. Biasalah sebab adiknya tau mesti kakaknya masak sedap2 punya untuk hidangan makan tengah hari. Pandaikan adiknya ni, asal lapar malas pulak tu nak masak terus je balik rumah kakak tumpang makan kehkehkeh

Sebenarnya lebih kepada nak tengok project abang ipar saya yang baru je siap, project villa bulus katanya. 

Inilah 'villa bulus' nya, rumah kucing yang baru siap sepenuhnya minggu lepas. Sebelum ni rumah mereka lain, ada dekat entry ni. Sebelum ni rumah kayu, sekarang ni upgrade jadi rumah batu pulak.  

Dari dua rumah sebelum ni, sekarang ni dah jadi satu rumah teres siap package rumah dalam taman lagi :p 

Haaaa tu dia, bukti2. Nampak tak ada bunga juga dalam rumah kucing ni. Bukan takat taman luar rumah tapi taman masuk sampai dalam rumah. 

Makin bertambahlah jumlah kucing2 ni nanti di masa akan datang, dah abang ipar masukkan sekali jantan betina dalam tu. Kesian katanya, dah lumbah benda hidup pasti nak pasang berpasangan kan...pufff 

3 comments:

Anis Azalea said...

Kemain. Bayar sewa tak si bulus ni?

Adam said...

Apa erti bulus?

From:

http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.my

OKje said...

Wahhhh semakin mewah nampaknya anak bulus zaman ni haha......ada villa sendiri. Amboi anak bulus tu.... bagi chance terus nak mengurat haha