Pagi tadi terpaksa suami turunkan di depan Intermark dan saya jalan kaki saja ke Menara Binjai. Jalan dari Menara Binjai sehingga ke simpang masuk ke KLCC parking akan ditutup mulai bulan ini sehingga tahun 2021 atas sebab pembinaan station dan laluan MRT. Dalam minggu ni laluan jalan agak sesak disebabkan ramai yang tidak alert lagi pasal penutupan jalan tu.
Bila melalui jalan tepi LRT Ampang Park tu, mata pandang kiri kanan macam nak singgah beli makanan rasanya tapi otak dengan tindakan biasanya memang tak seiring when its come to food. Sudahnya pandang je la ambik bau. Ku telan cereal + oat akhirnya, namun tak pernah rasa bersalah...oh yeayyy hakak suka.
Lunch tadi makan bakso dekat Ampang Park, itu je pun menu yang memberangsangkan tekak dekat kedai tu. Mengumpat, gebang2 lepas tu pegi Jaya Grocer dekat Intermark, nak restock muesli dengan oat yang bakal kering. Tiba2 teringat dulu kala punya cerita, saya selalu kutuk seseorang ni yang selalu makan muesli. Saya katakan makanan tu adalah makanan burung. Sekarang ko rasakan jemah, ko pun dah sama species burung jugak..."akibat mengata orang lettew jadi gini" :p
Only weekdays sahaja routine makanan saya begini tapi went comes to weekends...heaven. That's why saya suka WEEKEND
air kelapa janda baik
ikan baung dalam proses nak siang
ikan baung masak tempoyak
Takkan tak bertambah nasi kalau menu macam ni kan, rugi2...
2 comments:
Masak tempoyak weiii sedapnya. Wak lamanya nak tutup jalan sampai 4 tahun...
woiii sedap tuu ikan baung! kann jalan dkt sini tutup sampai 2021 utk projek mrt. mentabah la kita =)
Post a Comment