Monday, November 7, 2016

Kurma ayam

Tengah malam tadi saya mulakan operasi memasak makanan untuk simpanan selama 2-3 hari nanti. Sekarang ni dengan kos sara hidup yang benar2 mencabar, harga makanan juga turut naik sama. Jadi biarlah berpenat sedikit dalam proses penyediaan makanan, asalkan saja boleh berjimat dan pasti makanan kita jugak terjamin kebersihan dan sedap.

Hari ini saya sediakan ayam masak kurma, saya masak lebih untuk dijadikan bekalan untuk besok dan hari2 seterusnya. Sekor ayam sekali masak, hadaplah sampai habis nanti.
 
Pagi tadi bangun awal sikit, nak goreng ikan, rebus peria dengan telur asin. Hari ni suami cuti, sediakan lunch dia siap2 sebelum pegi kerja. 

Marilah kita berjimat cermat, pasak je dalam hati yang ape kita buat ni untuk mendapat redho Ilahi. Kita kaun wanita kan beruntung, senang dapat pahala asalkan bagi suami gembira dan senang hati dan bahagia selalu.  

8 comments:

fiza linolie said...

Tu la sekarangkan. Kos sara hidup semakin tinggi. Nak tak nak kena jugak berjimat-cermat :)

nuyui a.k.a miss YUI said...

sdpnya kak..

bersedia pula gas akan naik hrga....

Mrs. A said...

Sedapnya telor asin tu.
Itulah lately gang lunch di office Mrs. A pun dah bawa bekal.

Kakzakie Purvit said...

Bagus. Satu tindakan terbaik yg boleh dicontohi
Tak kita yg menyusun-atur ekonomi rumah kita siapa lagi
Ikut rentak org kayangan hanyut kita kan...
Kakak dari dulu hingga kini memang bawa bekal Ann

Anis Azalea said...

wak sedapnya...bila kau nak ajak aku naik atas rumah? tu rumah aku duduk dulu tu, cuba kau ingat sikit jangan nak buat2 lupa..

Nurzakiah Hanum said...

SEDAPNYAAAAAAAAAAAAAAAAAA

Azian Elias said...

Bagus sangat lah tu.
i pun jenis suka masak banyak then frozen kan.
nak makan, panaskan je.

Sue Bee said...

harus lah masak di rumah hari-hari lepas ni..barangan harga semua naik.