Monday, November 28, 2016

Last weekend

Last weekend yang memenatkan, seyes memang kelang kelibut sangat. Saturday baru nak pegi ambik baju yang dah siap lama tapi tak ambik jugak walaupun hari2 je lalu dekat Ampang Park tu. Selepas tu terus pegi ke KD hantar barang ambik orang ke Tropicana. Walaupun tak jauh mana tapi kalau dah jammed pusing 2-3 kali, mau tak muak dibuatnya. Sampai ke malam jugak, sebelum Magrib terus cabut balik...tak kira da, memang daku tinggalkan je. Biar yang tinggal tu je settlekan balance kerja yang ada 😓

Terus singgah ke masjid TTDI untuk magrib dan lepas tu niat nak cari tempat dinner je sebelum balik. Ini pun pusing2 jugak, arhhhhh stress betul hidup dekat KL ni. Pegi Dotty, terbantut hasrat sebab dah tutup...ye la lepas magrib baru nak pegi memang tak dan la. Lepas tu pegi Artisan Coffee, penat tawaf berkali2 tapi nan ado peluang dapat parking. Pusing pulak Strand, lagi macam nakharom tempatnya...parking jangan ko cerita, buat penat tunggu je. Akhirnya nekad kami masuk Curve je, suami cakap kalau dekat sini pun takde rezeki nak makan...kita niat puasa je malam ni. Ok lah hakak redho dan kami masuk Curve sambil berdoa dipermudahkan segala urusan. Alhamdulillah dapat jugak makan tempat makan dan makan 🍴🍰☕ dengan tenang di sana.

Semalam saya just di rumah saja sambil sediakan lauk pauk 🍳 sebab ada cousin yang nak datang menumpang untuk bersiap dari rumah saya. Mereka sampai di tengah hari, moleklah kalau sediakan lunch terus. 

2 orang je yang datang nak menumpangnya, jadi takdelah beria sangat nak memasak pun...cukuplah sekadar ikan goreng, sambal udang, kentang goreng kari, seketul ayam grill sebab nak habiskan stock terus, ulam2 dan budu. Meriahlah makan lunch semalam ramai2, jarang rumah penuh dengan tetamu 😃

Ada yang paling gembira bila ada tetamu datang, kemain lagi dia landing tido bagai bagi orang usap2 dia 🐱. Itu sebab tetamu tu dia dah biasa, cuba orang yang dia tak pernah jumpa...takdenya dia nak buat macam ni, mesti menyorok dalam bilik takmo keluar langsung. 

Dalam 5pm kami semua dah mula bersiap2, mana yang nak iron baju tudung, mandi solat, makeup segala bagai. Saya yang sepatutnya nak book orang untuk makeup, tak terbuat...lupa yang hamat sangat. Takpelah terus je keluar skill makeup masing2, lambakkan aje makeup set yang ada...pandai la nanti macam mana nak cat muka tu bagi cantik kan 🙅 

630pm terus move to Tropicana Golf and Country Resort for our cousins wedding, ada 2 pasang mempelai sebenarnya which is 2 orang ni adalah my cousin. Sampai club house dah ramai tetamu yang sampai, terus je bertegur sapa dengan all immediate family yang lain + tetamu2 yang hadir. 

Upacara bermula 830pm sehinggalah 11pm baru habis sepenuhnya. Saya tak stay lama, badan dah penat sangat + today kerja. Saya tak ambik cuti for this occasion, ingatkan tak penat tapi rupanya penat jugak. 

Begitulah weekend saya dan selesai sudah majlis di pihak keluarga kami. Gambar perantin tak sempat nak transfer lagi, kalau berkesempatan bila2 nanti saya share...if not simpan je sebagai koleksi peribadi.   

7 comments:

Anis Azalea said...

kemain landing nak suruh orang lukis dia la teww

Kakzakie Purvit said...

Sampai nak puasa malam ye En Faizal ni:)
Jumpa juga pun kalau tak terus makan esoknya masa wedding ye Ann:)

Noor Maizan said...

Hi kak Ann, hihi... Sy nk offer untuk design blog akak secara free je kalau akak sudi lah...kalau akak sudi nanti contact sy...

MisDiarios said...

Amboii comelnye landing mcm tu..

MisDiarios said...

Amboii comelnye landing mcm tu..

hainom OKje said...

Baru ni pun ada gi The Curve, saja pusing pusing. Banyak kiosk Korea.
Rajin jugak tu masak. Macam macam jadinya

Myra Jay said...

Wooww!! menu tu pun dah cukup sedap bagi MJ..
Rezeki buat tetamu yg datang dapat makanan meriah gakla camni ha :)