Tuesday, November 1, 2016

Sambal Goreng

Hasil dari menabung di Tesco weekend lepas, dapatlah beli udang yang kelihatannya begitu segar di mata. Bila dah beli, mula akal tu berfikir nak dijadikan apa dengan udang tu. Hujung minggu lepas habis masa di luar rumah, hari ini je baru dapur nak panas semula, maka jadilah hidangan sambal goreng versi saya...nak jugak versi diri sendiri :p walhal cilok resepi makcik sendiri.

Nak kata orang jawa, memang saya langsung takde campuran ke situ tapi tekak ni memang teruja sangat dengan makanan jawa. Rasanya saya lebih teruja dengan makanan jawa dari makanan minang. Kalau ada jemputan kawin dari keluarga yang berdarah jawa, memang saya pastikan dapat hadir sebab teruja nak makan hidangan mereka...mesti adalah hidangan jawa yang mereka hidangkan. Salah satu hidangan yang sering dicari, sambal goreng perantin...ermmm sedapnya. 

Saya ada seorang makcik yang dah tinggal lama di Johor Bharu, dekat Majidi nun. Dia pandai buat sambal goreng tapi makcik cakap itu sambal goreng singapore. Bila makan rasa macam sambal goreng jawa je tapi jangan di tanya ape perbezaannya...saya cuma tahu sedap je. Teruja sangat nak merasa lagi, saya terus mintak resepi dari makcik selepas gagal mintak dekat anak2nya. Semuanya kes tau makan je tu tapi tak teruja nak belajar dari mak kehkehkeh.

Meh saya share pulak resepinya di sini;

Santan kelapa
Air asam jawa 
Bahan perasa

Bahan goreng:
Udang 
Tauhu
Tempe
Bawang besar + cili hijau + cili merah (dihiris) 

Bahan kisar:
Bawang besar
Bawang putih
Halia 
Serai
Cili kering 
Belacan

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan semua bahan goreng, kacau sebati dan biarkan sehingga masak. Masukkan santan dan air asam jawa, didihkan sehingga kuah menjadi pekat. Perasankan selepas kuih menjadi pekat dan sedia untuk di hidang.

Walaupun makanan bertema jawa tapi budu tak tinggal :p Berpadanan pulak dengan ulam dan telur masin di situ. Kita rojakkan terus jawa terengganu la ye. 

Sekarang dah masuk fasa hujan. Almost hari2 pun hujan. Seronok bila tidur malam, alangkah liat nak bangun bila pagi. Setiap hari mengira waktu untuk sampai ke hujung minggu semula. Boleh bangun lewat sambil kekal bergulung dalam selimut selepas subuh. Nikmat dunia ni bukan selalu boleh dinikmati sepenuhnya *__*

6 comments:

Aiezza Sue said...

wahhh bahagianya dapat melunjur badan cegitu :D.. errr, bahan goreng tu maksudnya digoreng dulu la ye sebelum digaul dalam tumisan?

Kakzakie Purvit said...

Ann... sambal singapore ke sambal jawa ke sambal goreng pada kakak lebih kurang cuma kalau yg pandai masak sedap ditekak:) Kena pulak ada padanan ulam sambal budu etc.. memang lupa dietlah:)

Bila dah kenyang telentang macam 'buah hati' Ann tu tengoklah syoknya dia hihi..

hainom OKje said...

Walaupun hakak ni org Jawa tapi jarang betul buat sambal goreng mcm tu Ann.... Tengok Ann masak teringinlah pulak nak masak. Tapi semua bahan pun tak de. Nak kena beli pulak dah. Inilah yg buat selalu jadi terbantut nak masak tau ...

Husna Rahman said...

ye bab makanan yg lain2 jgn ditanya bezanya..persamaannya xpe...iaitu sedap! hahah

nuyui a.k.a miss YUI said...

sdpnyaaaa..

alalal comel dia tido..

Norhayati Mohd Isa said...

Sama lah kita Ann..
Gi kenduri kahwin orang jawa ni suka cari sambal jawa tu..
Lagi satu CH teringat-ingat sambal tahun kulit lembu tu..
Perghhhhh bila jumpa tak malu gi menambah hehehehe..