Friday, November 25, 2016

Today is FRIDAY!!!

Seronoknya hari ni hari Jumaat, hari yang penuh barakah. Hari yang dimuliakan sepanjang minggu. Dan selalunya hari Jumaat memberikan mood yang paling happy tahap max lompat bintang. Tak kisahlah walau macam mana kisah hujung minggu tu nanti, tapi Jumaat akan sering dinanti sepanjang minggu 😁

Lunch siang tadi, semangat nak makan makanan korea kekdahnya, terus pegi Ampang Point dari Ampang Park. Kalau teringin tu, ada pulak kawan2 yang sanggup melayan...dah cukup package untuk melayan tekak masing2. Maklumlah Jumaat adalah hari untuk pegi makan tempat yang agak jauh sebab lunch break lama, boleh guna pakai kan alasan tu 😋

pilihan my buddy 👩

minum air  free je 

Masa makan tu, mata ni ralit je tengok anak korea ni makan. Pandai sangat budak ni menyuap sup pakai sudu, takde pun menitik or tumpah kena baju. Makpak dia makan tenang je sebab anaknya pun pandai makan elok molek perbuatan...tahap kagum 😍 jugaklah hakak ni tengok. 

Ini menu saya pulak, sebenarnya kemaruk nak makan sup kimchi. Kawan saya tu pulak tak pernah lagi makan makanan korea dekat sini walhal dah sampai Seoul, Jeju Island bagai tu, kelek jugak pegi sama. Dah tercapai keinginan anak tekak ni, takde apa nak citer pun pasal makanan ni. Nak tau sedap ke tidak, datang jelah makan sendiri dekat Ampang Point nun kedainya level 2 😁

4 comments:

Kakcik Seroja said...

Kakcik belum pernah cuba makanan-makanan Korea ni... Mee Samyang ke apa namanya yang viral tu pun kakcik tak berani nak cuba... :)

Anis Azalea said...

my goodness, cucu auntie Korea tu mesti dah besar. gila lama tak datang. tapi kalau aku pergi sana dulu aku suka order benda takde dalam menu. hahahaha tetap dilayan kekeke.

Kakzakie Purvit said...

Menyempat lagi Ann ambik gambar budak comel tu
Nampak memang sopan betul budak tu makan.

Ann dah dpt makanan korea puaslah ye:)

OKje said...

Tak pernah try makanan Korea ni. Nak try takut tak sedap.
Rasa rugi pulak nanti.