Monday, December 19, 2016

Cekodok jagung dengan kepok lekor

Pada yang dah mula bercuti panjang hujung tahun ni mesti seronok ronok sangat kan, cuti panjang katanya 😁 Pada yang tak bercuti macam saya, jangan sedih ye...enjoy the moment. Moment takde ramai orang dekat office especially boss, masa ni lah nak rasa macam office ini kita yang punya...muahahahah kitalah BOSS. Tapi boss saya ada lagi, Rabu ni baru dia start cuti dan saya pun dok congak2 dalam kepala nak ambik cuti jugak walaupun tak ke mana2 tapi cukuplah sekadar rehat di rumah je kan...janji cuti jugak.

Biarlah itu menjadi perancangan besok2 je, ni nak tunjuk2 jugaklah menu dinner tadi. Iolsss dah dinner uolsss 😂 Buat cekodok jagung je, pakai jagung dalam tin lagi sebab dah hujung2 nyawa nak expired date.

Sekarang ni iolsss memang maleh sangat nak letak resepi, nak2 pulak benda yang sah2 uolsss semua memang dah pakar buat kan...so halal je la ek without resepi.

Bukan takat jagung dah nak expired date, kepok lekor ni pun dah hampir2 nak bertukar warna. Teruk betul iolsss ni kalau membeli limit macam boleh habiskan semua, tamak haloba sangat. Sekarang ni memang dah tak membeli lagi, habiskan segala stock makanan yang ada sebelum tahun bertukar baru. Hope iolsss boleh buat dgn jayanya untuk complete iolsss punya KPI tahun ni 😅

10 comments:

Anis Azalea said...

rumah banyak keropok keping, malas nak goreng.

Kakcik Nur said...

Dalam kegawatan ekonomi sekarang, sayang hendak membazir begitu sahaja....selagi boleh dimanfaatkan, kita gunakan sepenuhnya... :)

Kakzakie Purvit said...

Lagi pula Ann berdua aje di rumah itu yg kalau tak betul-betul teringin/lapar memang tak kuasa nak memasak bagai kan. Lainlah kalau semua meow-meow Ann tu nak kongsi makan sama hihi...

Normi Nieza said...

alahai..sdapnya makn waktu hjan..:)

nuyui a.k.a miss YUI said...

peel kt mcm sama ja kak.. dah nak dkt exp bru nk pulun hbskan. kdg tak sdr dah tamat tempoh. huhuh

Warisan Petani said...

Sedapnye.

Nona Qiyah said...

Haaa, nasib perasan nak expired, kalau tidakk? abihhhlaaa

Azhafizah Md Nor said...

kalau dah nak expired tu memang gigih la masak cepat. bazir kalau dah expired kan

hainom OKje said...

Hihi...nasib tak terlepas tarikh expirednya Ann....kalau tidak tong sampahlah tempatnya ek.

Alahai...bilalah nak ke Terengganu makan kopok leko ni weyh

hainom OKje said...

Kira rajinlah tu Ann...buat inti bagai...kalau hakak ni jangankan inti nak bako roti pun malas haha...