Tuesday, December 20, 2016

Juju dah beranak

Seronoknya rasa hati, kita dah ada baby kucing baru dekat rumah. Malam tadi kita jadi bidan kucing.

Masa balik dari gym semalam, bukak je pintu rumah...juju (kucing) dah menerpa sambil mulut dia dok bising. Dah boleh agak, ni mesti dah nak bersalin. Bila tengok bontot dia dah nampak la kepala baby start nak keluar. Air ketuban dia jangan cerita, jenuh suami mop satu rumah. Saya angkat juju bawak masuk dalam kotak yang memang dah disediakan awal untuk dia bersalin nanti, bagi keadaan gelap2 sikit dan biarkan juju meneran keluarkan anaknya. 

Memandangkan saya baru je sampai rumah, tinggalkan dulu juju dalam kotak dan pegi solat isyak. Bila dah selesai tanggungjawab barulah tengok semula ibu muda yang dah beranak tu, teruja nak tau berapa ketul anak yang keluar 😁

Akhirnya selamat semuanya, juju dah bersalin dengan 3 ketul anak. Masa intai tu juju tengah bersihkan anaknya, dianya pun dah lenjun basah. Miki, mak kepada juju ni sibuklah sama nak mengintai jugak dan akhirnya miki pun sama masuk dalam kotak duduk bersihkan baby. 

Bukan setakat itu saja, miki tak keluar dah dari kotak selepas tu...dok ralit dia mengulit cucunya tu 😂 Baby tu punyalah nyondol2 nak cari nenen miki tapi takde susu, cari pulak maknya juju...baru ada susu. Sayangnya haiwan pada anaknya memang takde tandingannya. Tapi kenapa masih ada di kalangan kita yang mempunya akal fikiran tapi masih sanggup tinggalkan anak, dera anak, malah sampai sanggup membunuh anak sendiri 😒

Gambar atas ni masa miki baru je seminggu kami bela, miki ni kan anak pungut tepi jalan jadi masa awal2 jumpa tu dia bukanlah gemuk sangat pun + ada jugak kurap yang baru nak tumbuh dekat badannya. Kami rawat bersihkan bagi makan cukup2, alhamdulillah sihat sampai sekarang.

Kami tak bela kucing mahal2 baka gebus gebas tu, kami bela kucing2 jalanan yang masih kecil saja. Bila cukup umurnya, bawak pegi sunat dan tinggallah bersama kami sampai hujung usianya 😇

Ada jugak berita gembira yang lain semalam, anak saudara saya dapat result PT3 dengan 9A. Anak boss saya pulak dapat 10A, diorang ni belajar di sekolah yang sama dekat Melaka.

7 comments:

Anis Azalea said...

anak bulus baru tak up gambar..

Cik Nor said...

tahniah dapat cucu..hihi

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

hari tue ada mak dgn anak2 kucing datang tiba2 lesap..sedihla budak2 nie

Azhafizah MN said...

seronok dapat anak kucing baru kan.

By the way tahniah untuk anak saudara dapat result bagus PT3.

Warisan Petani said...

Tahniah bertambah lagi pet.
Semoga murah rezeki.

Unknown said...

tahniah,walaupun anak kucen ja.hihihi :)

OKje said...

Bela dari kecik senang nak ajarkan Ann. Sama le kita Ann...bela kucing pungut jer hihi...