Saturday, December 24, 2016

Ke birthday party later on

Seronoklah minggu ni ek, mesti ramai yang ambik cuti siaran langsung sampai new year nanti. Saya tak cuti pun, just ambik cuti sehari each week je bagi clear cuti yg ada. Rabu nanti masuk office mesti best je, jalan raya pun tak jammed sangat...office lagilah kosong, ramai yang cuti. Bolehlah settle kerja2 tertangguh tahun ni, tak hinggin nak bawak ke tahun baru nanti 😥

Petang nanti ada birthday party event cucu pertama saya, hakak dah ada cucu dek...silalah percaya. Tahun lepas tak dapat attend makanya tahun ni cuba jugak luangkan masa untuk attend birthday party ni. Hope semuanya berjalan seperti yang di rancang, agenda kemahen lagi makpaknya susun 😤

Gambar lama, lepak sama dengan anak saudara sambil minum kopi dekat Sri Rampai 😤

Malam tadi pekena satay O Mulia Satay aka pulau dekat Jalan Semarak, depan Menara Celcom. Untuk batang tekak saya ni, inilah the best satay in town so far. Sini saja saya akan datang kalau teringin nak makan satay 😤  Satay yang juicy dan besar2. Selalu kalau saya datang makan berdua dengan suami mesti akan order 5 cucuk ayam dan 5 cucuk daging. Selalu terjadi adegan orang meja sebelah tengok2 makanan kami sebab sikit, baik tak payah makan satay...agaknyalah di fikiran mereka. Tapi hanya banyak itu je yang kami mampu makan berdua, order banyak2 lepas tu tak habis lagi tak bagus kan 😞 

Kali ini kami order lebih sikit, dalam 10 cucuk ayam dengan 10 cucuk daging sebab pergi makan bertiga dengan anak saudara jugak. Itu pun susuh nak habis tapi kami cuba sedaya upaya untuk habiskan. Bukan tak sedap tapi sebab isinya besar2, makan 2 cucuk je dah terasa kenyang. 

Pada pencinta satay, cubalah satay pulau ni...senang je nak cari, betul2 depan menara celcom tu. Tapi di INGAT kan, satay ni sedap di batang tekak saya...takut la nanti kalau uolsss rasa tak berapa IN sangat pulak dengan selera korang, hakak kena selar pulak 😢

6 comments:

Cho Zila said...

nampakkan dari jalan besartu.. .rasanya... boleh dicuba kalau lalu2 kat situ.. yer tekak kita semua bukannyer sama.. pada kita ok pada orang tidak tentu lagikan.. tu sebab banyakjer kedai bukak...untuk memenuhi selera ramai orang...

Anis Azalea said...

Aku suka satay comel2. Besar2 ni tak minat sangat. Hehe.

Ati Masrif said...

assalam,

bila cuti sekolah seronoklah jalan mmg tak jem
happy holiday dear

Wa said...

OOO..besarnya sate tu...pernah jugak makan besar kat Satay Hut..memang susah nak habiskan sebab beso gedabak satenya

nuyui a.k.a miss YUI said...

sdpnya kalau dpt satay..

hainom OKje said...

Ai lagi ramai cucu tau!...aduhhhh...
Selalunya makan satay Hj Samuri jerlah Ann. Jangan tak tau, tekak hakak 10 batang baru kenyang hokey hihi....