Thursday, December 29, 2016

Kisah JPN semalam

Apa khabar uolsss, hope sihat2 semuanya. Mesti tengah cuti ni ek, selamat bercuti and berhati2 di jalan raya. Sekarang ni pegi mana2 pun jammed melekat, bila jalan clear pulak mesti ada saja kejadian tidak diingini berlaku. INGAT, ikut rasa BINASA, ikut hati MATI.

Saya pulak baru je masuk office hari ini. Sepatutnya cuti sehari je, semalam dah masuk office tapi sangkut dek kerana urusan penukaran MyKad yang sangat lama dan memaksa saya untuk cuti lagi. Cuti hari Selasa lepas tu pun sebenarnya atas tujuan yang sama tapi semua UTC di KL ni pun penuh sesak kecuali UTC Keramat, tutup for renovation sampai 31/12/2016. Semalam saya decided untuk pergi JPN Putrajaya dengan harapan tidaklah ramai orang dekat sana TAPI sangkaan meleset. Saya mula ambik nombor at 9am dan saya terpaksa menunggu lagi 200++ nombor di hadapan. Since memang niat tu nak tukar jugak MyKad, terpaksa dalam rela menunggu giliran sehingga 3++pm. 

Process penukaran yang tiada apa2 masalah cuma saya dah tak mampu untuk menunggu lagi untuk process MyKad siap another 2 hours. Saya terus ambik option untuk collect MyKad di cawangan UTC Keramat after 2 weeks. Sekarang ni hakak separa warga tempatan la 😰

Selepas selesai gedebak gedebuk segala hal di JPN, terpaksa bergegas nak balik office cadangan asalnya tapi dipertengahan jalan saya tukar fikiran. Niat asal memang nak masuk office semalam andai urusan di JPN tu selesai awal tapi dah petang baru nak siap semuanya, saya dah cukup penat untuk masuk office. Terpaksa melepak di Coffee Bean untuk on laptop and buat urgent work sikit. Kalau tidak disebabkan urgent memang tidaklah nak on laptop ni, bergigih la 😩

Begitulah kisah saya semalam, ye la tidak semestinya yang kita rancangan sentiasa menjadi kan. Bak kata orang2 legend, buat awal...jangan tunggu sampai akhir waktu, beginilah jadinya 😨 Kesian pada suami jugak sebab terpaksa menemani isterinya walhal MyKad suami dah tukar baru dari last year lagi. 

Duduk terpengap dalam bangunan JPN yang tak nampak dunia luar. Rasa tersesak jugak mata ni bila terlalu ramai manusia yang pelbagai ragam di depan mata. Takde langsung senaman mata yang boleh di buat 😪 Bila keluar dari bangunan JPN selepas selesai urusan, terus tengok langit...wah terasa bahagia sangat.

Reward diri sendiri dan suami selepas seharian di Putrajaya, makan Chocolala hasil kiriman dari kawan yang balik dari Dubai baru2 ni.  

4 comments:

Kakzakie Purvit said...

Kalau duduk melanguk menanti giliran memang boring Ann
Tapi dah terpaksa nak buat macam mana kalau tak sampai bila pun tak renew lagi.

Coklat dari Dubai juga yg best:)

Cik Nor said...

coklat..igt berger..:)

PetakBunga said...

bestnya coklat2. tu
kita ni, semua coklat suka

OKje said...

Adoiii Ann.... letih menunggu tu namanya. Yg peliknya ramai pulak manusia yg nak buat mykad hari tu ye Ann...

Nasiblah jugak ada chocolala menyelamatkan keadaan hihi..