Thursday, December 1, 2016

Kisah seorang sahabat

Semalam alhamdulillah panas sampai ke petang dan malam tadi rasanya macam tak hujan tapi tak taulah kalau tengah malam tu hujan pulak kan. Bila dah tidur, tambahan hujan pulak...memang bertambah lena jadinya. Mana nak perasan lagi hujan ke tidak kan. 

Erm...ari ni apa cerita nak saya share di sini ek?!!! Ok dah ada, kisah seorang sahabat.

Saya ada seorang sahabat yang kenal dah lama, office mate lama dan sekarang dalam company yang sama jugak tapi dah berlainan business unit. Still keep in touch more in WhatsApp group. Delimanya kini adalah "ketidakpuasan" hati di tempat kerja yang mana dia might be in the work team yang masing2 ingin menunjukkan kepandaian sendiri tanpa ada perasaan team mate. Saya tak berapa boleh merasa keperitan sahabat ni tapi dari luahannya itu terasa seperti berat je situasi yang terpaksa dia hadapi setiap hari di tempat kerja. Sehinggakan sampai satu tahap dia fikir nak berhenti saja kerja tapi bila mengenangkan hutang kereta dan rumah yang masih ada dan tah bila nak habis tu...dia terpaksa bertahan sambil menelan semuanya.

She's good in her deliberation work but am not very sure it's still the same as per today coz seperti yang saya katakan, kami berada di business unit yang lain. Seperti katanya lagi, dia sering tidak sependapat dengan pihak atasan dan sometimes sampai ke level meninggi suara. How she still manage to be at the same department 😨 

Hanya satu saja harapan saya padanya, semoga dia berjaya dalam apa jua yang diperjuangkan dalam bidang pekerjaan ini. Dunia kerjaya jugak ada banyak cabarannya, tidak mudah untuk senang selamanya. SABAR adalah key point yang penting dalam situasi ini tapi kita sebagai manusia sentiasa TEWAS dengan tahap kesabaran kita sendiri. Manusia ada tahap kesabaran masing2 yang kita sendiri tak boleh nak sangkal, kalau dah sampai limit yang tidak boleh sabar lagi...mau meletop jugak kan 😂 

Terang bulan itu bukanlah malam tadi tapi malam2 sebelumnya. Semoga hati sahabat saya lebih tenang sekarang ini. 'Sahabat' adalah perlu untuk dijadikan tempat untuk meluahkan perasaan yang terpendam supaya tak menjadi separuh mereng kan 😆 

Ini saja yang saya nak kongsi bersama uolsss semua. Ketabahan seorang kawan untuk terus bertahan dalam dunia kerjaya yang serba mencabar kini. 

Kepok kembang kudapan malam tadi sambil menunggu pakaian siap di dobi. Biasalah hakak ni 3 hari sekali mesti menderma dekat selfservice dobi. Ginilah nasib rumah takde tempat nak ampai baju dek 😥

8 comments:

Anis Azalea said...

Ko belilah ampai Ikea sesuai utk apt mcm ko duduk tu..aku tahulah keciknya area washing tu...jamban pun lagi besar kot.

Kakcik Nur said...

Semoga sahabat tersebut tenang jiwanya dan tenteram perasaannya menghadapi apa juga cabaran yang datang...

nuyui a.k.a miss YUI said...

smoga shbt sis itu dipermudahkan... mgkn ada stu masa nnti ada yg menanti dia..

Kakzakie Purvit said...

Dalam keadaan ekonomi sekarang memang serba salah kalau tertekan dlm membuat kerja. Kita ni manusia biasa mesti ada emosi. Kalau selalu tertekan boleh 'melenting' juga.

Nak tukar angin bukan mudah kan.

Semoga kawan Ann itu diberi kesabaran yg tinggi.

Asha Lya said...

Semoga sahabat sis tabah mngharungi liku2 hidup ini..kopok tu nmpk sdp plak

LZ - The Blog Owner said...

Assalamualaikum kak Ann,
Didoakan semoga sahabat akak tabah dan sabar..

Dugaan kerja mmg bermacam ragam.. Kita kena pandai tapis mana masalah berat atau masalah remeh.. Kalau tidak stress yang amat..

Myra Jay said...

Semoga dia terus diberi kekuatan mengharugi dugaan dan cabaran dalam kerjayanya..

hainom OKje said...

Biasalah tu Ann...mana mana company, kalau tak kena gayanya ada jer berlaku mcm tu. Mmg tak seronok, tp kadang tu kita tak de pilihan lain. Terpaksa layankan ajelah