Monday, January 16, 2017

Bila banyak benda berlaku...

Assalammualaikum semua...

Alhamdulillah pagi ni kita semua dihadiahkan dengan hujan yang sejak dari malam tadi turun tidak berhenti2 rasanya. Sejuk sikit bumi Allah ni, hadiah lena dalam kesejukan untuk umatNYA. Sudah 2 petang berturut2 hujan turun membasahi bumi Ampang dan rasanya seluruh kawasan Kuala Lumpur juga. Cuma hujan turun mencurah2 tu bersama dengan angin kuat jugak sampai ada beberapa pokok di sekitar kawasan perumahan saya yang patah dahannya. Keadaan biasa kan untuk kawasan yang banyak pokok2 besar ni 🙀

Sepanjang weekend lepas, saya dihadiahkan dengan demam...kepala berdengut2 tak berhenti2 seperti mau dihantukkan kepala ni ke dinding rasanya. SUNGGUH, memang sangat sakit sampai terpaksa telan jugak ubat demam sakit kepala untuk bagi rasa mengantuk dan boleh tidur. Sekurang2nya boleh hilangkan rasa sakit buat sementara. Tak sure kenapa tapi yang pasti seluruh urat kepala saya terasa seperti tegang semuanya. Bila bawah jumpa doctor, tiada yang membimbangkan cuma maybe ada sikit STRESS. Sungguh, saya sangat jarang rasa stress tapi kali ini masalah itu timbul tanpa diketahuai dimana letaknya stress level tu. Biarkan dulu, mungkin dengan cara tenangkan hati boleh membuatkan stress level saya hilang 🙅

Dalam family besar saya, ada 2 musibah sedang melanda ketika ini. Makcik saya telah dimasukkan ke hospital Rabu lepas kerana mengalami kesakitan di bawah rahimnya. Bila diselidik, doctor sahkan ada cyst. Khamis malam terus buat OP dan cyst berjaya dikeluarkan. Sekarang ni makcik saya masih berada di hospital untuk rawatan selanjutnya.

Pada hari Khamis pulak pakcik saya iaitu suami kepada makcik saya tu mengadu demam dan keadaan berlarutan sampai pagi semalam. Anaknya telah paksa rela bawak pakcik saya ke hospital untuk check up tapi pensan dalam perjalanan ke hospital. Terus sepupu saya pergi ke kawasan MERAH (Emergency Area) dan pakcik dikejarkan untuk rawatan susulan. Dan kini, sehingga detik ini pakcik saya masih lagi tidak sedarkan diri dan berada di ICT dengan hidup bergantung pada support life machine. Keterangan doctor amat memeranjatkan iaitu TIADA HARAPAN untuknya sebab kandungan gula dalam darah terlalu tinggi dan dia masih tidak sedarkan diri. Ya Allah rasa seperti luruh jantung ni bila mengetahui keadaan mereka. Saya mohon kalian semua doakan keselamatan makcik dan pakcik saya ya. Ketika ini kami semua berada dalam keadaan standby mood, bukan mengharapkan keadaan buruk terjadi tapi sekiranya terjadi sekurang2nya kami semua dah sedia maklum 🙇

Sepanjang weekend lepas saya hanya di rumah sahaja. Tidak jugak pulang ke Seremban kerana keadaan diri saya pun tidak begitu gigih untuk pulang. Suami jugak tidak ke mana2, kereta pun tidak panas engine nya selama 2 hari. Petang ni saya akan pulak ke Seremban untuk melawat insan2 tersayang, semoga saya masih sempat untuk bertemu mereka...saya akan cuba berada di sana seawal yang boleh.

Capati pagi tadi, sempat singgah breakfast di mamak kawasan rumah. Bila tengok jalan nak keluar dari kawasan perumahan saya punyalah sesak dan kami suami isteri tak nak sesak2 kepala hadap jammed maka kita singgah kenyangkan perut dulu. Breakfast tak perlu masa yang lama, paling sekejab 15mins up to 1/2hrs saja dan percayalah sehingga kami habis breakfast pun jammed masih tak reda lagi.

Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua hari ini serta sepanjang minggu ini dan hari2 seterusnya, inshaAllah 

6 comments:

Izyan Balqis said...

saya gerak dari keramat au3 pkul 8.15 dan sampai ofis 9.45, jem teruk hari ni...ekoran hujan, ramai yang akan pandu kereta ke tempat krje...

mudah2an mak cik dan pak cik berada dalam keadaan stabil...doakan yang terbaik untuk mereka.

Cik Nor said...

bw sini..:)

Kakzakie Purvit said...

Sesekali bila Allah menguji ianya dtg berturut-turut Ann
Semoga Ann dan keluarga semua sabar. Yg sedih pakcik dan makcik tu

Kakak doakan moga ada miracle yg Allah berikan sebab kita sekadar manusia semuanya atas kehendakNya juga.

Anis Azalea said...

Ujian menduga iman kita. Moga tabah hadapinya.

nuyui a.k.a miss YUI said...

sdpnya..

ALLAH uji org yg mampu hadapi kan kak..

OKje said...

Ohhh itulah kisahnya.... Diabetis ni mmg pembunuh senyap ye Ann.. siapalah sangka, dpd demam biasa boleh terus koma dan pergi buat selamanya mcm tu