Tuesday, January 17, 2017

bila sudah sampai WAKTUnya

Assalammualaikum semua...

Pagi ini saya dari Seremban, datang kerja naik bus dari sana dan turun di Puduraya. Pada mulanya saya ingat bus berhenti di tempat biasa iaitu depan Central Market tapi kini tidak lagi. Tidak pasti adakah ini untuk selamanya atau sementara saja memandangkan depan LRT Pasar Seni tu sedang dalam proses menaiktaraf di kawasan pedestrian area. Dengan gigihnya saya berjalan kaki dari Puduraya ke LRT Pasar Seni. Nak ke LRT Masjid Jamek rasanya lagi jauh kalau nak dibandingkan. Tak mahu naik Putra LRT sebab malas nak transit di Masjid Jamek station. Pagi ni saya agak penat, maka semua benda pun tak cukup gigih nak dibuat.

Pemandangan Dayabumi diwaktu pagi, indahnya. Terasa rindu pulak nak balik ke bangunan ni tapi apakan daya, kita tidak berjodoh lagi tapi kenangan banyak di sini...banyak usia saya habis di bangunan ini. Yang tinggal adalah kenangan dan kawan2 yang masih ada di sana.

Petang semalam saya bergegas pulang ke Seremban selepas waktu office hour tamat. Niat di hati memang dah kuat sangat mau pulang dan terus pergi ke hospital untuk melawat pakcik saya yang di dalam keadaan critical. Dalam kelang kelibut nak siapkan segala kerja sebelum balik, saya mendapat perkabaran sedih. Pakcik telah MENINGGAL DUNIA tepat pada 430pm petang semalam, 16 January 2017 pada usia 58 tahun. Alat bantuan pernafasan telah dicabut pada waktu itu selepas 3 kali CPR dilakukan iaitu pertama kali pada hari arwah tidak sedarkan diri (Ahad lepas) dan 2 kali pada pagi semalam.

Begitulah kesudahan kisah seorang insan yang menghabiskan sepanjang hayatnya di hospital kerana di situlah juga tempat rezekinya. Arwah pakcik saya berkhidmat di Jabatan Kesihatan Hospital Tuanku Jaafar Seremban sehingga pencen dan bersambung under contract basis selepas tamat tempoh persaraanya. Untuk nak ikut perkiraan kerja, arwah telah mengambil cuti dari Khamis lepas hingga semalam tapi siapa sangka, rupanya CUTI untuk selamanya. Jodoh pertemuan, ajal maut tetap dari ALLAH dan itu adalah rahsiaNYA. Kita sebagai hamba, harus YAKIN. 

Jenazah telah sampai ke rumah dalam 7pm semalam. Saya terus balik ke rumah kakak untuk ambik anak saudara dan menukar baju kepada yang lebih sesuai. Selepas masuknya azan Isyak, jenazah di bawa ke surau untuk solat jenazah dan seterusnya di bawa ke Tanah Perkuburan Islam Senawang untuk dikebumikan. Segalanya berlaku dengan cepat dan dipermudahkan. Disusuli dengan tahlil arwah pula bermula malam ini dan seterusnya selama 3 malam berturut2. Malam ini saya tidak dapat hadir, inshaAllah besok akan balik semula ke Seremban.

Perkembangan makcik saya pulak selepas OP, tengah hari semalam telah dibenarkan pulang ke rumah. Kakak saya sempat membawa makcik saya melawat arwah sebelah paginya. Sebelum membawa makcik berjumpa arwah, kakak saya terangkan dahulu kepada makcik akan keadaan sebenar arwah dan mintak supaya makcik bersabar dan tenang. Semasa proses penerangan oleh my sista pun tidak begitu sukar sebab makcik saya memahami keadaan arwah kerana makcik saya jugak seorang bekas jururawat yang bertugas di hospital yang sama. Atau mungkin juga naluri seorang isteri itu telah merasakan yang suaminya telah meninggalkan dia pada waktu itu, wallahu'alam bissawab.

Arwah telah meninggalkan seorang balu, 2 orang anak dan 4 orang cucu. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Takziah untuk keluarga makcik saya atas kehilangan ini, semoga mereka tabah. 

Al Fatihah...     

7 comments:

Kakzakie Purvit said...

Innalillah...
Salam takziah dari kakak Ann
Semoga makcik pula terus sihat. Yg pergi kita doakan moga ditempatkan bersama kalangan mereka yg beriman dan beramal soleh.

nuyui a.k.a miss YUI said...

Al-fatihah.

semoga roh arwah dicucuri rahmat.

siapa sangka akan cuti terus. kt pun sndiri tak psti bila masa kt.

Izyan Balqis said...

Al-Fatihah.

Moga roh Arwah pak cik dicucuri rahmat oleh-Nya..Amiin

Anis Azalea said...

Takziah Ann dan keluarga.

OKje said...

Salam Takziah Ann...ibu dan ayah saudara ni samalah mcm ibu ayah sendirikan Ann....

Zaman dulu salah satu tempat jalan Dayabumilah kalau tak silap. Dulu mana ada mall yg besar besar mcm sekarang ni..

QasehnyaRania said...

al-fatihah
salam takziah..

dear anies said...

salam takziah...alfatihah...giliran kita mungkin selepas ini....