Friday, January 27, 2017

CNY cuti pertama

Assalammualaikum semua...

Macam mana tempat kerja masing2 hari ni, kalau yang ramai pekerja berbangsa cina mesti dah terasa kosong office kan. Kebanyakkan dari rakan2 kita ni dah mula cuti sejak dari semalam lagi. Hari ini seperti yang telah sedia maklum saya dah start cuti sehinggalah Rabu minggu hadapan, seronoknya habak kat hang 😁

Breakfast saya pagi tadi, tosai tapi lupa nak pesan buat garing. Dah macam roti kirai pulak rupa tosai tu tapi habis jugak, janji kuahnya sedap. Lepas habis sarapan, terus terjah pet shop tapi terlupa yang hari ini Jumaat, pet shop kegemaran tutup. Terpaksa cari pet shop lain sebab dekat rumah dah kehabisan stock cat litter. Pegi pet shop dekat Taman Nirwana, settle masalah. Beli 20kg cat litter, pencedok pasir baru dengan repack cat food buat tambah2 saja 😃

Selesai urusan saya terus balik ke rumah untuk kemas2 barang, hari ini balik Seremban jadi rumah mesti bersihkan dulu, settlekan segala kelengkapan kucing2 sementara suami pulak pegi masjid untuk solat Jumaat. Kemas kain baju, tapau brownies yang sempat saya baking malam tadi...purposely buat untuk bawak balik ke Seremban sebenarnya. Terus balik ke Seremban selepas suami selesai solat. 

Ini miki masa masih kecik lagi. Sekarang ni budak bulus ini memang banyak sangat buat perangai yang boleh mendatangkan kemarahan saya dan suami. Hari ini dia dah dapat hukuman, kena stay dekat luar rumah tapi saya masukkan dalam cage siap makanan minuman segala. Mengada sangat kan...biarkan kena denda 😈