Tuesday, January 3, 2017

Ermmm enaknya mee maggi

Salah satu azam tahun baru, nak kurangkan makan di luar dan lebihkan makan di rumah saja. Bukan kedekut tapi memang nak berjimat cermat walaupun orang kata duduk berdua lebih baik makan dekat luar je, lagi jimat dari masak di rumah. Tapi bagi saya memang betullah apa yang dikata tapi kita mesti ada cara sendiri untuk mengatur cara hidup kita kan 😁

Sejenis makanan yang MESTI ada di rumah saya, mee maggi. Perisa fav pulak sudah semestinya perisa ayam dan kari, perisa lain pun ok jugak kadang2 tu bila teringin nak rasa beli jugak perisa2 lain. Mee maggi ni sedap tau, saya suka je bila sampai pada menu mee maggi ni. Teringat lagi, setiap kali naik Air Asia, hakak memang order mee maggi tau...sedap lain macam wa cakap lu weh. Itu belum lagi makan mee maggi kari dekat mamak, ermmm tak tau nak describe kesedapannya 😂

Hari ini saya masih lagi bercuti, bukan sebab hantar anak pegi sekolah tapi saja la ambik cuti pun. Memang setiap tahun menjadi tradisi, saya akan ambik cuti masa anak2 orang lain dah mula masuk sekolah tada hari pertama persekolahan. Rumah depan sekolah, memang boleh nampak kemeriahan di sekolah dari dalam rumah je 😃

Menu makan lunch tadi, makan mee maggi ayam dengan salad je dek. Hakak nak jimat cermat dek, mana tau cukup tahun boleh dapat pegi haji 😄

Takdolah macam tu tapi hari ni suami rasa macam nak makan mee maggi, katanya macam lama dah tak makan walhal baru minggu lepas je makan. Tapi hakak memang suka je bila dia mintak nak makan mee maggi, SENANG dimasak, SEDAP dimakan 😅

3 comments:

Normi Nieza said...

maggi pon sodap..:)

Husna Rahman said...

meggi memang sodap tapi jangan ajar sgt ..pada2 la kot ok kan

Aty Fared said...

sedap maggi..saya jarang makan.. tapi memang ada masa teringin nau makan maggi..laju2 buat time anak2 tido..heheh..