Monday, January 9, 2017

Kisah Sabtu lepas

Assalammualaikum semua...

Hari ini dah masuk minggu ke dua di tahun baru 2017. Tapi entah kenapa saya rasa macam lambat pulak masa berlalu, hari ini baru 09/01...lambatnya nak dapat gaji baru 😜

Ada kisah di pagi Sabtu yang lepas, agak suspen la. Kejadian berlaku di depan mata. Macam ini kisahnya. Bermula minggu lepas kembali semula my running routine every weekend. Macam tahun2 yang lepas, saya keluar jogging selepas solat subuh lebih kurang 645am sometimes might be early lagi. Saya memang sangat suka keluar berlari waktu itu sebab fresh weather dan tak panas lagi and normally memang saya akan lari bersama uncle2 pacer. Diorang start lari lagi awal, biasanya diorang start 630am tapi by time sampai at my area tu dalam 645am jugak la. Hanya 3 or 4 of us only yang lari pepagi waktu macam tu.

Tapi tidak sama macam Sabtu lepas, saya lari alone coz uncle2 pacer ada run event di Johor. Disebabkan saya seorang saja jadi saya tak cukup berani untuk lari seorang diri, 645am tu masih gelap lagi. Saya tunggu sehingga 7am baru mulakan larian, walaupun agak gelap lagi keadaan sekeliling tapi oklah. Baru saja saya nak mula berlari, tiba2 ada dengar suara orang bercakap tapi dengan nada yang agak kuat, bila terdengar berkali2 dah macam suara menjerit pun ada. Baru perasan tak jauh dari kawasan saya berdiri untuk warm up tu ada orang macam berdiri sambil memerhati one sport which agak terlindung dari tempat saya tu. 

Mulanya malas nak ambik tau, as usual saya memang jarang sangat nak campur urusan orang lain. Dah mula berlari2 anak sambil pasang earphone untuk start lari tapi saya kena tahan oleh 2 orang abang yang berdiri tak jauh dari saya. Abang ni tak bagi saya lari ikut route yang biasa saya ikut tapi disuruh tukar ke route lain. Saya pun apa lagi tanyanya kenapa dan rupanya suara jerit2 yang saya dengar tadi itu adalah dari seorang yang boleh dikatakan tidak sioman atau gila. Barulah saya nampak orangnya pun yang tengah cuba untuk memanjat kereta yang berhenti depan dia. Memang lepas mamat tu (yang dikatakan gila itu adalah lelaki) panjat kereta tu sambil melompat2 atas engine cover and bumbung kereta yang sedang berhenti tu. Wah...dramatic ko, hakak terkejut sangat. Mujur masa tu ada 3 orang muda yang cuba untuk suruh mamat gila tu turun. Orang dalam kereta tu tak keluar langsung, mungkin takut nak keluar dari kereta kot. Lepas tu baru mamat gila tu melompat turun dari kereta tu and kereta tu apa lagi ambik peluang untuk undurkan kereta dan u turn. Dari mata kasar saya ni tak nampak apa2 kemek pada kereta tu tapi entahlah. 

Rupanya itu bukan kenderaan pertama yang kena, sebelum tu ada bus, motosikal dan basikal jugak yang kena rupanya. Mamat gila itu akan tahan segala jenis kenderaan yang lalu dengan cara tiba2 dan menendang kenderaan tersebut sambil mencarut2 tak tentu pasal. Abang yang menahan saya tadi tu adalah orang yang dah kena tahan dek mamat gila ni sebelum tu, sebab itu saya tau kisah sebelum kejadian mamat gila ni panjat kereta putih tu dan diorang jugak yang call polis.

Selepas kereta putih tu buat u turn dan pergi dari tempat kejadian, mamat gila ni mula bergerak ke hadapan guard house one of the resident dekat taman perumahan ni dan tidak jauh jugak dari tempat saya dengan 2 abang ni berdiri. Masa tu kami berdiri betul2 di hadapan main gate sekolah menengah. Mamat gila ni boleh tahan jugak mencarutnya bila di dengar dan telah mengundang kemarahan 3 orang muda yang dari tadi mengawal mamat gila ni supaya tidak bertindak gila lagi. Dah terjadi adegan tumbuk menumbuk dengan mamat gila tu pulak. Salah seorang abang yang lepak sama2 dengan saya tadi dah meluru ke arah diorang yang syok bergumpal tu untuk redakan keadaan dan kononya nak ikatlah mamat gila ni tadi. Tapi waktu tu jugaklah tak jumpa tali untuk nak mengikat pun dan sudahnya mamat gila tu duduk tepi jalan sambil mencarut2 jugak tapi kali ni dia tak bertindak ganas seperti sebelumnya sambil di kawal oleh 3 orang muda + 2 orang lagi berbekalkan kayu di tangan masing2. 

Agak lama jugak nak tunggu polis sampai, lebih kurang 720am baru sampai di tempat kejadian. Masa polis sampai pun ada drama jugak mamat gila buat sampai saya pun rasa macam nak gelak pun ada nak tumpang sekali belasah mamat gila tu pun ada 😝 Apa taknya, tak nak naik kereta kereta polis tapi nak naik kereta besar mewah (brand tak payah sebut la ye). Lepas tu bila dah kena marah dek orang ramai sekeliling, terus dia nak naik kereta polis tu tapi nak duduk depan, tak nak duduk belakang dengan alasan belakang takde aircon...ko ghase 😠

Saya still duduk di tempat yang sama sehinggalah mamat gila tu betul2 telah di bawa oleh polis barulah saya mulakan larian. Itulah kisah di pagi Sabtu yang lepas. Bergema taman perumahan dengan siren polis pagi tu. Bila tengok dari fizikal mamat gila tu, orangnya muda lagi dan berpakaian kemas pada asalnya...base pada keterangan abang yang lepak duduk bersama2 dengan saya tu. Mamat gila tu tahan abang tu yang sedang naik motor dan bila abang tu berhenti sebab ingat pasal apa kan. Tiba2 je mamat tu macam nak tendang motor abang tu sambil mencarut2 dan masa tu baru abang tu realize yang mamat ni gila.

Kisah mamat gila ni tahan bus secara tiba2 tu memang agak menakutkan. Boleh mamat ni tahan bus yang tengah bergelak agak laju dengan cara berdiri tengah2 jalan sambil mendepangkan 2 tangannya. Mujur saja driver bus tu sempat tekan break walaupun orang dalam bus tu dah hampir nak terjunam ke hadapan bus. Perbuatan yang sama jugak mamat gila ni buat, tendang2 bus tu sambil mencarut. Sama jugak yang terjadi pada abang yang naik basikat sehinggakan abang tu sempat hadiahkan mamat gila tu sebijik dekat muka. 

Apa yang saya belajar dari kejadian ni, memang susah untuk kawal orang macam ni...tindakannya sentiasa di luar jangkaan. Tindakan memukul mamat gila ni pada saya ikut keadaan, sekiranya tidak membahayakan harta benda dan orang lain rasanya memang takdanya dia kena pukul tapi mamat gila ini bertindak di sebaliknya. Memang patutlah kot kena balun. Lepas ni memang payahlah saya nak keluar jogging sorang2 lagi especially waktu awal pagi sebelum 7am kalau takde teman 😡 

Bila diperhatikan pada wajah mamat gila tu, rasanya seperti bukan penduduk dari taman perumahan saya. Tak tau dia duduk di mana dan bila check dengan budak2 yang dok kawal mamat tu pun diorang seperti tak pernah nampak mamat tu sebelum ini dekat area kawasan kami. Entah apalah nasihnya mamat gila tu sekarang, entah tekanan perasaan, entah tersalah pembawakan. Kesian bila ingat semula, orangnya molek tapi begitu pulak nasibnya 😣 

Makanan lunch Sabtu lepas, ayam panggang madu. Cara nak sediakan pun sangat mudah dan saya punya banyak masa terluang Sabtu lepas untuk layan semua aktiviti di dapur sambil TV menjadi peneman. Suami tu ada tapi dia ada kerjanya sendiri, kami lebih rela tumpukan masa yang ada dengan aktiviti masing2. Dah masak tu potong2 sikit salad dan rebus lobak merah, itu je yang saya kawinkan dengan ayam panggang madu ni dan makan bersama brown rice.  

Masa lunch itu saja waktunya saya menceritakan kisah kejadian mamat gila pada suami saya. Terus dia suruh saya keluar lewat sikit lepas ni kalau nak jogging. Ingatkan dia nak cakaplah nak ikut join ke hapa kan, cehhh 😥

Gambar Miki di ambil minggu lepas jugak, budak ni baru bangun tido kekdahnya. Bila dah terasa lapar baru bangun kan, dengan taik mata selebet merata 😪

6 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Takut juga Ann nak keluar joging sorang2 ni..
Akak selalu briswalk dengan anak2 tu dah jam 8.00 am..

Anum said...

bahay gak kalau seseorang

Kakcik Seroja said...

AllahhuAkbar! takut juga kalau bersendirian.

Entah apa masalahnya sampai dia jadi begitu... :(

Izyan Balqis said...

macam macam kesah yer, kesian dekat mamat gila tu, tapi nak buat macam mana, di luar kawalan kita. nasib la siapa yang kena tibai dengan mamat gila tu..

Kakzakie Purvit said...

Hihi... boleh pulak tu memilih tak nak naik kereta polis.
Dah tu nak duduk depan - memang betul gila jiddan tu Ann.

nuyui a.k.a miss YUI said...

suspen juga bila jd gitu kan..

alala meow ni.geram tgk. dgn taik matanya..hihih