Wednesday, January 11, 2017

Memori yang ditinggalkan

Aktiviti bersambung selepas dari majlis kenduri akhir tahun lepas. Linknya di SINI

Tidak lengkap rasanya kalau balik ke kampung tanpa melawat rumah arwah nenek. Rumah ni dah lama tidak berpenduduk selepas arwah nenek kembali ke rahmatullah. Rumah ini pun dah cukup uzur keadaannya sampai saya tak benarkan suami pijak walau satu mata anak tangga, habang tu badang dek...mau runtuh rumah tu nanti 😹

Anak buah yang kecik2 (cicit kepada nenek) tu semua tak pernah masuk rumah tu apa tah lagi pernah stay dekat situ. Sampai generasi saya saja yang merasa sebab masa kecik2 dulu setiap kali cuti sekolah mesti saya dengan sepupu2 yang lain balik kampung. Semua perkara yang sering anak2 kampung lakukan semuanya saya belajar bila cuti sekolah dan di kampung. Pengalaman mandi sungai, tangkap belalang, main patuk ayam, belajar naik basikal tapi tak pernah pandai sampailah dah kertu macam ni 😺, mengaji walaupun dalam tempoh cuti sekolah saja, tengok orang main meriam buluh, pegi fun fair...macam2 lagilah yang biasanya takkan ada peluang macam tu kalau bukan di kampung. Seronok sangat moment tu.

Tapi kini rumah tu hanya tinggal kenangan dan mungkin akan roboh/dirobohkan untuk tujuan pembaharuan, yang tinggal adalah kenangan dalam ingatan. Agak mustahil untuk kekalkan rumah itu sebab main structure rumah tu pun dah tak kukuh lagi, seperti saya katakan tadi...anytime boleh runtuh menyembah bumi 😾 

We are 3rd and 4th generation of this family dari 'ibu' yang sama 😻. Apa yang perlu ditunjukkan pada cucu cicit keturunan Hjh Kiah dah pun ditunaikan. Definitely golongan cicit tak sempat untuk mengenali moyang mereka tapi cukuplah untuk mereka tahu di mana kubur dan rumah saja.    

 teh ais paling sedap di Pekan Jelebu

Kedai kopi paling lama di Pekan Jelebu. Kami sekeluarga kalau balik kampung MESTI kena singgah makan minum dekat kedai ni. Bukan setakat kami saja tapi even makpakcik sepupu sedara kami semua pun sama. Seperti satu kemestian walaupun kedai ni dah berubah generasi jugak dari bapak ke anak yang menguruskannya 😽

3 comments:

Warisan Petani said...

Nostalgia yang Xdapat dilupakan.
Generasi sekarang X merasai itu semua.

Anum said...

bestnya pekena kopi kampung

aizamia3 said...

Balik kampunglah masa untuk melasak dari biasa yang susah nak dapat bila tinggal di hutan batu ni.. huhuhu. Memang moment terindah bila balik kampung dapat melasak.. paling best musim buah-buahan. Makan buah atas pokok paling win.. hahaha..