Monday, January 2, 2017

Selamat Tahun Baru 2017

Orang kampung macam saya ni sudah semestinya sangat suka dengan sayur kampung dan sudah pasti tidak akan lepaskan peluang untuk menikmatinya bila ada peluang. Antara sayur kampung yang saya suka, nangka muda. Sebut saja pasal gulai nangka muda, sudah pasti saya akan teringatkan masakan makcik2 dan kakak2 saya...sedapnya. 

Pagi semalam singgah pasar tani, memang saja mencuba nasib kot2 terjumpa dengan nangka muda. Orang2 legend selalu berkata, kalau dah rezeki tu tak kemana...alhamdulillah memang ada pulak nangka muda. Nangka muda beli di pasar ni senang nak uruskan, tinggal potong2 dan masak saja. Kalau dekat kampung tu, ambik dekat pokok lepas tu nak uruskan tu yang saya tak berapa nak reti. Rimas pun ye jugak bergelumang dengan getahnya sekali, memang takkan terbuatlah jadinya. Anak muda zaman kini memang gitu 🙊  

Gulai Nangka Muda, menu pertama di hari pertama 2017 semalam. Tidak dimasak bersama ikan masin tapi saya goreng ikan masin sepat berasingan, dipadankan sekali dengan sambal tempoyak tapi tidak dalam gambar ni. Saja takmo letak, nanti uolsss terkeliur pulak 🙋 

Ada pelbagai cara untuk masak gulai nangka muda ni dan ada macam2 version jugak pada resepinya. Terpulang pada uolsss nak masak cara macam mana pun, kalau tersalah cara pun takpe...yang nak makannya pun kita sendiri kan, kalau sedap tu apa salahnya. 

Semalam hari pertama di tahun 2017, cuaca cukup baik di sebelah siangnya. Saya sempat mendobi dahulu sebelum ke pasar tani, routine yang takkan pernah berubah sepanjang tahun 🙌 

Bergegas balik untuk sediakan lunch, masak gulai nangka muda. Kena semuanya berjalan pantas sebab di sebelah petangnya dalam 2pm saya akan ke Seremban dan seterusnya ke Melaka pulak. Memang agak terkejar2 tapi niat nak masak tu terlalu tinggi rasanya dan saya sempurnakan dulu niat diri sendiri. Bak kata orang2 legend, nanti kempunan pulak 🙍

Belum terlambat rasanya untuk saya ucapkan "Selamat Tahun Baru 2017". Walau hari pertama 2017 kita dah dihadiahkan dengan harga minyak yang baru + dengan penutupan selamanya pengkalan TUDM di Sungai Besi dan dengan percutian berkeluarga our beloved PM yang di taja or di derma or pakai duit sendiri...entahlah. Semoga tahun 2017 ini memberikan kegembiraan pada kehidupan kita semua, dikurniakan kesihatan yang baik dan rezeki yang tidak putus sepanjang tahun. Seringlah kita melihat orang2 susah sekeliling kita agar menjadikan kita tidak pernah lupa pada kesusahan dan ringankan niat untuk membantu. Bantuan kewangan pada yang berkemampuan, tapi kalau kita tidak mampu menghulur dari segi kewangan, doa sudah cukup. Ingat, kuasa doa itu adalah mustajab...saya sangat percaya dengan kuasa doa. Anda bagaimana?!! 

4 comments:

Kakzakie Purvit said...

Kakak ada bawa juga nangka muda dari kampung tapi abang belum bersihkan lagi
Tengok Ann dah makan terliur pulak hihi...

Semoga 2017 memberi lebih kebaikan buat kita semua ye Ann.

Reen Johari said...

Selamat tahun baru 2017 dari blogger Reenri..

http://www.reenri.com

Normi Nieza said...

sdapnya..:)

Warisan Petani said...

Selamat tahun baru 2017.
Semoga tahun baru membawa sinar yang lebih terang.
Sedap sayur nangka muda tu.