Wednesday, January 25, 2017

Separuh dari azam

Assalammualaikum semua...

Sejuknya pagi ni, mandi pun rasa macam nak ngelat je. Terlintas jugak di hati nak mandi dekat office, at least ada heater tapi tak tersampai hati pulak rasanya 😼. Abaikanlah situasa pagi saya tu, yang pasti saya mandi jugak sebelum pegi kerja tadi...jangan kata hakak tak mandi yo 😽

Seharian semalam hujan mencurah bumi, pagi tadi dengar news pun jumlah mangsa banjir semakin meningkat dan lebih banyak kawasan dikuatiri dinaiki air jugak. Ya Allah, bantulah hamba2 Mu yang di timpa musibah ini. Cekalkanlah hati2 mereka melalui dugaan dan cabaran hidup.

Pagi ini keluar rumah agak awal dari biasa, lepas subuh terus keluar ke office. Reason nak mengelakkan jammed dan saja nak ikut laluan biasa tanpa melalui tol. Ini salah satu azam saya untuk tahun ni. Bukannya sebelum ni asyik keluar lewat, still before 8am sampai office tapi saya nak cuba untuk keluar lagi awal dari biasa dan kalau boleh nak kekalkan keadaan tu. At least boleh jimat sikit perbelanjaan on tol tu, RM25 per week...erm setahun banyak jugak jadinya. InshaAllah, usaha tangga kejayaan kan 🙆

Satu hari di majlis pernikahan sepupu saya, saya tak attend majlis ni atas sebab2 yang dah saya tak ingat lagi...nampak nau nau kejadian ni dah lama kan. Gambar2 pun dari hasil ehsan WhatsApp group keluarga. Tiga dara tu sempat pegi makan burger dulu sementara menunggu majlis akad nikah berlangsung. Biasalah bila akad nikah dilakukan di rumah, MESTI lambat selesainya. Para tetamu dah resah gelisah dek kelaparan.  


Most of adik beradik saya attend dan almost 10pm baru start makan. Kalau saya ni memang dah tak tunggu lagi, mau makan dulu dekat corok dapur 🙈


Acara makan2 tidak habis di situ saja. Lepas beberapa jam mereka makan lagi tapi kali ni di mamak. Nampak tak dekat situ yang keluarga saya ni kalau berkumpul memang acara UTAMAnya makan sajo 🙉

4 comments:

Kakzakie Purvit said...

Yg Ann boleh pulak lupa kenapa? Rugilah hihi..
Eh.. JB pun dua hari hujan memanjang tau. On-off-on-off itu yg sejuk:)

nuyui a.k.a miss YUI said...

hehe oklah kak. mkn byk kali. ramai ramai lak tu. best.

Ainniah Zulkefli said...

bila ramai2 tu jadinya perut pun asyik nak berdangdut. hihihi

Aiezza Sue said...

berkumpul dan makan-makan itu semestinya.hihi..sapa diet takleh geng :D