Thursday, February 16, 2017

Anak buah

Anak buah saya yang sedang dalam proses menyesuaikan diri dalam dunia pekerjaaan setelah sekian lama duduk di rumah selepas habis belajar. Selama ni lebih concentrate menjaga ayahnya aka jadi driver ke mana saja ayahnya nak pergi. Anak lelaki tunggal maybe, sentiasa ayahnya memerlukan bantuan anak walaupun sekadar peneman lepak di mamak 😸

Dalam seminggu ni dia sibuk buat wiring second office baru abang saya di Kota Damansara. Business kecik2 anak buah saya yang seorang lagi, kiranya pekerja pun sepupu2 jugak dengan beberapa pekerja tambahan.  

Seminggu jugak mereka ni berkampung di rumah abang, nak berulang Seremban-KL pun leceh kecuali pada big boss diorang aje la. 

Sekarang ini anak buah dalam proses untuk kurangkan sikit berat badan sementara tunggu panggilan untuk off shore later on. Risau jugak sebenarnya, takut tahap kesihatan yang menggagalkan dia untuk off shore jadi kami plan for him to go to on shore jika perlu. 

Muda belia lagi ni tapi dah ada masalah gout, ishhh budak2 zaman sekarang memang tak mau mendengar kata. Makan tak pernah nak PANTANG, adalah pantang tu tapi "pantang nampak" lah 😹

6 comments:

Kakzakie Purvit said...

Ohh... kerja off-shore macam anak buah kakak juga Ann tapi anak buah kakak dah ada anak. Kesian selalu isteri dan anak kena tinggal. Tapi sekali cuti panjang bukan main:)

Gout ni memang banyak kena pantang itu yg tak boleh tahan.

Kakcik Nur said...

Semoga anak buah Ann berjaya mengurangkan berat badannnya dan mengawal pemakanan untuk mengelakkan serangan gout. Suami dan anak sulung kakcik pun mengidap gout, jadi kakcik tahu macam mana mereka merasai kesakitannya...

nuyui a.k.a miss YUI said...

sama mcm abah yui. dia resdung.. pntg tgk mknn, bedal jee.

IQ = Iez Qis said...

hihi..tu la, orang muda sekarang macam orang tua dah, macam2 penyakit datang,

Sue Bee said...

Hahaa..gelak jap SB tengok ayat last tu..

Nour Adieb said...

paci sy kalau dah dtg penyakit gout tu, sengsara sy tngk. nak jln pun terpaksa heret kaki tu