Monday, February 20, 2017

Cucu pertama

Assalammualaikum semua...

Introducing my immediate cucu. Anak kepada anak buah saya yang pertama dalam family, cicit pertama both arwah Hj Ishak dan Hjh Jaharah. Memang kami semua teruja menunggu kelahiran baby ni, generasi ke dua katanya dari clan kami. Ramai je makcik2 yang 'men offer kan' diri untuk menjaga nanti bila maknya dah start kerja. Cucu sendiri kan, memang lain rasanya. Fahamlah kenapa makpak kita teruja bila ada cucu sendiri ni kan 😻
     
Baby boy, Areeq diberi nama. Gambar diambil selepas beberapa jam dilahirkan. Sekarang ni dah balik ke rumah my sister. Berebut2 nak pegang baby Areeq, sedaplah tido atas tangan je kan. Lepas ni 'masak' neneknya nak kendong 😽 

Petang semalam balik ke rumah kakak semata nak tengok baby Areeq. Budak baru lahir ni sedap dibuli kehkehkeh. Balik ramai2 dengan other sibling. Snack petang, mangga muda makan dengan kicap cili. Sumpah masa makan ni dah tak kisah pasal budak kecik tu lagi, lupa terus kot sebab kesedapan mangga muda makan ramai2 ni 🙅

2 comments:

Kakcik Seroja said...

Selamat datang Areeq...

Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh. Aamiin.

Kakzakie Purvit said...

Melampau betul kan Areeq.
Mangga muda punya pukul sampai terleka ada baby baru
Tunggulah tahun depan Areeq tumpang sekaki:)

Tahniah Ann - dpt ahli keluarga baru:)