Wednesday, February 15, 2017

Keledek Goreng

Assalammualaikum semua...

Dah mula panas sekarang ni, keadaan biasa selepas CNY. Auntie dekat rumah saya tu pun selalu cakap kalau lepas raya cina mesti panas punya, haah betul la pulak kejadiannya. Sebelum CNY hari tu cuaca sejuk2 je, hujan seharian berhari2 sampai ada beberapa tempat yang naik air. Selepas beberapa hari CNY, cuaca dah menjadi lain pulak...panas terik. Itulah kekuasaan Allah, mencipta sesuatu kejadian itu dengan teratur dan bersebab. Sekarang ni setelah beberapa hati tidak hujan, keadaan panas agak membimbangkan. Dengan terasa badan dah mula ada tanda2 dedar demam, dengan penyakit misteri' yang tengah viral tu...ish macam2 penyakit zaman sekarang. Kawan2 semua hati2lah, yang penting KEBERSIHAN perkara utama dalam kehidupan. 

Terima kasih Allah, semalam dihadiahkan kita hujan walaupun tidak selebat mana. Tak sure kawasan uolsss hujan ke tidak tapi KL petang dengan malam tadi ada hujan sikit la, sekejab je tapi cukuplah sekadar membasah cermin kereta 😥

Dah lama tak membancuh tepung, terkenang2 pulak batter pisang goreng dekat tepi Ampang Park tu cam sedap2 je siap serdak2 sekali. Tapi saya punya bancuhan tak jadi pulak serdak2 tu, ish nak kena kenen2 jugak makcik tu...buat kawan. Nanti boleh selit2 mintak resepi batter dia pulak 😰 Tapi sekarang ni pisang goreng dah semakin nipis je potongannya ek. Masa saya menunggu pisang siap digoreng tu, abang yang tukang potong pisang tu potong sampai 4 hirisan bagi seulas pisang. Saya ni lembab sikit nak kenal jenis2 pisang ni tapi pisang yang biasa orang buat pisang goreng tu la gamaknya. Kalau nak compare 7-8 tahun lepas, saya pernah jumpa pisang yang sama size tapi belah 2 je. Ermmm memang mencabar hidup sebagai peniaga makanan zaman sekarang ni ye, semoga para peniaga makanan kita sentiasa diberikan rezeki yang lebih...inshaAllah.

Meh la saya share resepi batter versi saya pulak, goreng bersama keledek.

Keledek
Tepung beras
Air kapur
Sedikit serbuk kunyit
Garam + gula
Air 
Minyak untuk mengoreng

Bancuh tepung beras, air kapur, serbuk kunyit, garam dan gula, jangan terlalu cair dan pekat...sedang2 aje. Panaskan minyak dan goreng adunan keledek bersama batter tadi sehingga masak. Sedia untuk dihidangkan bersama lemon tea panas 😋😵 

4 comments:

Kakcik Seroja said...

Petang semalam hujan tapi bekalan air terputus...hanya angin yang masuk. Khabarnya ada paip pecah. Alhamdulillah, pagi ini bekalan air kembali pulih.

Sedapnya dapat makan keledek goreng cicah gula... :)

Cik Nor said...

sdap tu..:)

nuyui a.k.a miss YUI said...

sdpnya kak..

Nour Adieb said...

dulu2, pisang goreng murah ja. skrg, semua benda mahal 😒 sodih plak tetiba