Thursday, February 2, 2017

Kucing punya kisah

Assalammualaikum semua...

Hari pertama bekerja dalam bulan Feb selepas long long holiday bersempena hari raya CNY. Dekat office dah ramai staff yang mula kerja, tidaklah terasa sunyi sangat. Jalan raya pun taklah lenggang, sekolah pun dah mula kan 😘

Nothing much to update, weekend activity pun rasa macam malas nak up je 😜 Update pasal kucing je la ye. 

Miki ni last week sungguh2 dia buat hal, kencing berak merata. Tak pernah buat perangai pun sebelum ni, entah kenapa angin mengada dia sampai pulak waktu tu. Terus kena grounded dekat luar rumah (hahaha grounded bukan dalam rumah ke). Lepas tu boleh pulak minah ni merajuk sampai takmo balik malam tu. Hati ni dah mula gundah gulana sebab minah ni sebenarnya penakut, Miki sangat takut dengan orang yang dia tak kenal. Ah sudah, mana pulak peginya. Satu malam tu dia dekat luar rumah, saya dengan suami sampai tido pun tak lena dok 'pasang' telinga nak dengar kot2 minah ni balik tengah2 malam tu. Rupanya nan hado sampailah keesokan harinya 😞

The next day tu, sebelah malam jugak baru dengar Miki memanggil2 dari tingkat bawah, punyalah kuat suara dia. Kita ni kalau dah kucing sendiri yang punya, bunyi mengiau kucing pun kita kenal kan...begitulah kan kawan2 PENCINTA kucing 😤

Baru almost 2 hari dekat luar rumah, tengok apa dah jadi dengan minah ni. Bulu habis kotor kepam, lepas tu kebuluran...makan sampai nak tercekek. Nak menitis air mata masa tengok Miki makan, laparnya dia 😡

Lepas makan, suami terus mandikan Miki...kasi bersih semula bulunya yang kepam tu.

Ayohai...abaikan keadaan bantal busuk kami tu ye. Cuti lama last week, walaupun hari tak berapa nak cerah tapi ada niat jugak nak jemur bantal sebenarnya. Tu yang dok longgokkan dekat kerusi, kalau panas boleh terus jemur saja. Selimut sarung bantal tu semua memang dah sampai masa untuk cuci, setiap minggu memang tukar. 

Tu Mika dan Miko, baek punya landing. Dapat peluang lepas memang macam tulah perangai mereka 😥

Restock cat food, nak cuti panjang dengan kedai haiwan pun bakal tutup agak lama maka saya standby beli repack makanan anak2 bulus ni dulu. Walaupun tidak tahan lama pun 1kg tu tapi bolehlah sementara nak menunggu kedai bukak nanti. Kedai2 cina sekarang ni kalau raya bukannya diorang tutup lama macam dulu kan 😩

2 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

kdg dia buat perangai msti ada sbb..hhehe

Kakzakie Purvit said...

Miki mcm kucing anak-anak kakak nama Jojo - putih + hitam
Kucing bela memang tak tahu cari makan kalau dah keluar rumah. Kesian lapar dia...