Wednesday, February 22, 2017

Masalah kutu kucing

Assalammualaikum semua...

Kucing2 saya kini adalah masalah sikit, mereka semua di serang oleh masalah kutu. Tak tau dapat dari mana, bukannya mereka ni lepas bebas di luar rumah or bercampur dengan kucing2 lain. Setiap hari kalau tengok tv tu mata ni lebih kepada membelek bulu mereka sekor2 sambil menindas kutu. Dah jadi ketagih pulak saya dengan suami sampai kucing pun tak mau dekat dengan kami sebab takut kena kepit cari kutu 🙍

Sekarang jadual mandi mereka pun dah berubah. Setiap hari at least saya akan mandikan 2 ekor sambil bilas dengan air garam, garam pulak guna garam bukit. Kerlassss ko bedah, mandi kucing dengan garam bukit 😁 Garam tu sebenarnya untuk rendam kaki tapi masing2 malas dan garam tu dah makan tahun jugak tersimpan tak berguna. Baiklah dipanjangkan saja ke kucing pulak. Dah la dengan masalah kutu ni, ishhhh memang rimas. 

Mulanya saya perasan yang mereka ni dah ada kutu sebab bulu mereka dah mula gugur dengan kualiti yang agak banyak. Hari2 bila sapu lantai tu ada banyak bulu kucing sampai saya rasa pelik kenapa banyak sangat bulu kucing gugur. Kalau dukung pun sama, melekat sampai ke lengan tangan baju habis penuh dengan bulu kucing semata. Bila belek2 terjumpa satu mahluk berayap dengan bebasnya dalam bulu2 kucing tu. Haaaaa dah sah, masalah kutu leni.

Sekarang kena buat kerja lebih sikit la, instead mandikan mereka seminggu or 2 minggu sekali, leni mandikan hari2 sehinggalah kutu2 tu semua berjaya di nyahkan 🙏 hopefully can be settle in this short period. Penat jugak nak mandikan mereka2 ni, bukannya sekor... Tapi saya mandikan 2 ekor per day continuously.  

Shiro selepas dimandikan

 Bagi lepas dulu sampai bulu kering

Bila dah nak tido baru masukkan dalam cage

5 comments:

Sue Bee said...

kucing kalo dah kluar gaul ngan kucing lain mmg liat sikit nak lekat dalam rumah. Air garam boleh matikan kutu tu ka?

Kakzakie Purvit said...

Kesian juga kalau dibiar apa lagi banyak kan bimbang jangkit pada yg lain.
Dah mandi selesalah tu:)

wahida said...

kucing2 tu pun takut dah ye ngan uollss...takut kena kepit cari kutu...huhu...sian pulak kat depa kan...

Anis Azalea said...

Jangan korang dijangkit kutu kucing sudah

Kakcik Seroja said...

Ramai kawan-kawan kakcik sayang dan prihatin dengan kucing. Seronok tengok. Tapi kakcik ada alahan...