Wednesday, February 8, 2017

Melawati Run 2014

Assalammualaikum semua...

Past Date: 16 Feb 2014 
Venue: Masjid Al Hidayah, Taman Melawati
Distance: 10km

join event in group, banyaklah kena ambikkan baju untuk kawan2 yang tak dapat ambik

Masa ini result larian masih teruk lagi, ranking about 100++. Cuma yang saya sangat suka dengan larian ni, route dia ada lalu tempat2 yang cantik sekitar Melawati tu, ada banyak angin pulak tu...syokkk. Tak pernah lagi saya naik di kawasan Melawati ni sampai ke empangan atas nun tapi for this event, rasa macam nak putus urat keting mendaki. Lepas tu ada kawasan menurun, boleh test my endurance jugak. Habis segala celah2 rumah orang saya lalu, sampai lalu depan rumah Yusof Haslam...bangga la kejab 😆

Yang tak seronoknya pulak, saya masih ingat setiap water station hanya isotonic drink je yang ada. Saya tak berapa sangat ambik minuman2 macam tu sebab tak boleh nak basahkan kepala. Tapi yang paling sedih adalah tiada minuman disediakan dekat finishing area. Hanya ada satu lori milo yang boleh bayangkan berapa panjang orang Q termasuk bukan runner pun sama jugak. Lupakan saja niat nak minum, simpan je dahaga tekak to proceed ke mamak je after that.

Sampai awal dekat event area sebab senang nak cari parking. Sampai lambat nanti parking dah jauh2 ke hujung jalan. Walaupun ada kekurangannya event ini tapi masih boleh dibanggakan jugak. Sekiranya ada peluang in future, saya akan join lagi. Tahun ni tak sempat reg 😇

run buddy - anak saudara

run buddy - office mate




Ok, habis 😈

3 comments:

dear anies said...

kenapa x panggil sy masa lari tu/ sy ada je kat rumah hehehe

Sue Bee said...

Gigih jugak join marathon ni ya..

OKje said...

Suka tengok awak join lari lari ni Ann. Mcm enjoy jer. Minat kot kan. Hakak ni lari setempat kat dlm rumah pun belum tentu hihi...