Sunday, February 19, 2017

Udang masak lemak bersama kacang panjang

Assalamualaikum semua...

Masa membeli barang2 groceries pagi tadi untuk topup, nampak udang besar2 pulak dekat Hero. Terdetik di hati, kalau buat masak lemak sedap jugak ni. Tak tunggu, terus je beli udang, sayur sikit dengan ikan bilis yang dah habis stock di rumah. Lepas shopping barang2 dapur, terus balik rumah. Kebetulan suami dah breakfast dekat rumah mak dia sementara saya jogging di KLCC Park, ada running clinic program. 

Udang
Kacang panjang
Kunyit hidup
Santan 
Cili padi
Garam

Tumbuk cili padi dengan kunyit hingga lumat. Masak bersama santan bahan tumbuk tadi, kacau selalu. Selepas santan dah mula mengelegak, masukkan kacang panjang yang dah di potong pendek2 dan masak sehingga agak lembut. Akhir sekali masukkan udang yang telah dibersihkan. Saya suka masak dengan kepala udang sekali, baru terasa manis udang tu. Kacau seketika dan perasakan dengan garam. Sedia untuk di hidang.

Menu lunch kami suami isteri hari ini, digandingkan sekali dengan telur dadar, ikan masin, ulam kobis dan sambal tempoyak 😺

1 comment:

nuyui a.k.a miss YUI said...

mkn dgn nasi pns mmg mblesss ni kak..