Saturday, February 18, 2017

Wedding kawan

Assalammualaikum semua...

Selamat berhujung minggu. Sabtu datang lagi dengan activity yang masih sama, tidak pernah berubah. Cuma hari ini ada wedding je, jemputan kawin kawan di Gombak. Dah janji dengan kawan office yang lain untuk jumpa di rumah perantin about 1pm. 

Seperti dijanjikan, kami sampai tepat pada masanya. Perantin pun baru nak berarak ke singgahsana. Saya dengan suami tak tunggu la, terus je terjah khemah tempat makan...lapar sudah. Lauk istimewa dari keluarga perantin, kari kambing tapi saya tak ambik sebab tak larat nak layan kari tengah hari panas berdenting ni. Cuma ambik ayam goreng sambal, nenas, sayur campur dengan ikan masin. Semua masak sendiri, perh memang kagum kalau keluarga perantin boleh masak rewang...susah dah nak jumpa sekarang ni.

Suami saya dengan kawan saya, ok lantak pi mereka. Saya dah duduk makan waktu ni, tak tunggu...lapar kot. 

Selepas tu terus balik ke rumah, sambung tidur. Tidur masa perut kenyang ni memang NIKMAT 😹

No comments: