Monday, February 6, 2017

Weight loss journey

Assalammualaikum semua...

Jarang saya menceritakan perjalanan diet saya sebelum ini, bukanlah tak pernah langsung cuma gitu2 aje. Tujuan/matlamat saya untuk turunkan berat badan adalah untuk memantapkan lagi stamina or inner strengths saya. Ini adalah amat penting untuk saya kekal menjadi marathon runner. Kita mestilah boleh tau keupayaan diri sendiri kan 😸 Meh saya story mory sedikit sebanyak perjalanan from Zero to Hero saya for my ideal weight. 

Kisahnya bermula dari Zumba Class. Saya dah mula active zumba sebelum saya betul2 serius on running. Semuanya bermula dari tempat kerja, ada zumba class tapi just once a week. Dari tak tau menari sehinggalah sekarang, hip hop break dance irama malaysia pun hakak otai dah 😹 Eh back tu beginning sebelum melalut. Terasa macam tak cukup kepuasan, hanya sekali seminggu kan...saya mula mencari external zumba class tapi yang dekat dengan area rumah. Sebabnya nanti senang nak balik + tak perlu bersesak2 dengan trafic after office hour. 

Di suatu pagi about early 2014, normal routine saya every weekend akan lari di Taman Tasik Ampang dan kebetulan waktu itu ada one group ni organize free zumba class. Adalah amoi yang nak bagi flyer masa saya melalui tempat mereka berkumpul tapi saya just ignore aje even ada rasa macam nak berhenti jugak. Yang pasti saya tak berhenti pun, maybe niat waktu tu tak strong enough kot. 

Seminggu selepas itu saya jumpa lagi the same group during my run training but this time seperti nekad di hati untuk berhenti. YES, i made it. Saya join free class tu, sebab free kan kita cubalah...apa salahnya. After selesai, saya diberi flyer yang sama dan saya ambik and terus tanya in details of the class yang group ni offer and location. Rupa2nya group ini ada bukak class di area Ampang Point dan ini adalah promotion diorang for introduce this club to orang ramai. So saya agreed to have look at club later on and terus buat appointment.

with my kembar lain makpak and successful person in HerbaLife and he is doctor

Seperti yang dijanjikan, saya datang ke I Love MyClub...ini adalah nama club tu. Club ini adalah nutrition club dan mengetengahkan zumba sebagai main activity for this club selain dari memberi advise on nutrition. Nutrition product adalah HerbaLife. Sejujurnya saya tidak tertarik pun on nutrition product tu tapi lebih kepada nak join the zumba class saja. For 1st time saya diberi khidmat nasihat berkenaan nutrition thru my own body after timbang. Ketika itu berat saya adalah 61kg 😾

Bermula dari situ, saya kerab datang ke club ini untuk join zumba dan setiap kali datang akan dikenakan bayaran sebanyak RM15/class including 3 drink type of Herbalife Nutrition product. Secara tak langsung consume jugaklah diri ni dengan Herbalife product. Macam2 flavor dapat setiap kali datang club dan saya sangat suka dan akhirnya saya terus jadi members for HerbaLife. Hahhh jangan uolsss nak kalut pulak, hakak jadi members for myself je + product ni dah otai...tak payah nak seru2 orang to join guna pun, hangpa boleh tau keberkesanannya sendiri. Cuma sekarang selepas adanya GST bagai ni, RM20/class dikenakan for walk in customer. 

Saya memang sangat active di club ni sehingga zumba competition for others club pun saya join and MENANG 🙆

seorang doctor dan dalam masa yang sama mempunya HL nutrition club sendiri jugak

Selepas dari zumba competition itu, club ada organize program lain pulak iaitu weight loss challenge. Waktu itu weight hakak masih lagi banyak kg walaupun dah kurang dari 61kg tu. So join jugak challenge tu sebab lebih tertarik pada hadiahnya saja 🙈 Sapa tak nak, hadiah tempat pertama...RM1000 CASH hokay.

Saya hanya amalkan Herba Aloe Concentrate, teamix, F1 and protein powder...yang paling penting banyakkan minum air putih, ini SANGAT penting. Minumlah air sampai kembung pun takpe, belum ada lagi dalam sejarah orang mati sebab minum air kosong banyak. Kalau minum air manis banyak tu memang ramai la 🙉

Pemakanan jugak kenalah jaga tapi tidaklah sampai tak boleh makan itu ini, cuma tinggal lagi amalkan cara pemakanan sihat. Apa itu PEMAKANAN SIHAT, sila google ye...ada melambak info pasal tu.  Macam saya hari2 menu saya mesti ada nasi, i need carbo for my daily diet sebab hari2 jugak saya burn the calorie by doing exercise. Badan ni dah adapt with peluh, so kalau tak pergi exercise badan ni boleh demam dibuatnya 🙊 Diingatkan ye, pemakanan adalah 80% consume into our body kalau nak kurus...makanya jagalah pemakanan dan amalkan cara pemakanan sihat #eatclean

Exercise juga amat penting walaupun cuma consume 20% dalam badan. Kalau dah kurus, tentulah nak posture badan cantik kan...takde kulit2 gelebeh di lengan. Tentulah nak pejalkan otot2 badan kan. Disarankan exercise 3 kali seminggu tapi kalau saya memang hari2 non stop. Jangan ikut cara saya coz saya dah terlalu biasa dengan exercise activity 🙋

Antara dua petua itu, cuma satu je MAIN thing yang kena KUAT iaitu mind set kita. Kalau kita benar2 nak kurangkan berat badan, kena perlu ada NIAT yang kuat. Kalau niat kuat tapi USAHA tak kuat pun tak jalan jugak. MUHASABAH diri itu PENTING untuk NIAT + USAHA itu menjadi kenyataan. 

Ok, cukup dengan motivasi cara untuk mengecikkan diri untuk entry ini. Meh berbalik pada sejarah berat badan sendiri.

Dari berat asal saya 61kg, disarankan berat ideal saya adalah 54kg. Guess what, saya berjaya menghilangkan kg2 tu dalam masa SEBULAN sahaja. Tak percaya ke bedah, boleh datang sendiri di I Love MyClub dan tanya mereka di sana. Seru je nama hakak, mesti diorang kenal sangat 🙌

Dan untuk Weight Loss Challenge yang pertama ini, saya MENANG lagi 🙏
       
bersama winner for 2nd year of Weight Loss Challenge

Untuk 2nd year pun club suruh saja join challenge lagi tapi this time saya menolak sebab dah tau berat saya dah sampai limit. Now saya dah below my ideal weight dan dah below 50kg, takkan nak kurus lagi sampai 40kg kan...itu memang saya TAK MAHU.

Sehingga kini selepas 3 tahun berlalu, size masih yang sama, berat juga masih yang sama dan yang paling penting NIAT + USAHA masih yang sama jugak. Cuma tambah sikit je belakang tu, KEKALkan MOMENTUM. Ini adalah CABARAN sebenar. Nak kurus memang sangat senang, tapi untuk kekalkan itu adalah yang PALING SUSAH. 
   
friends yang sentiasa menyokong dan melihat setiap perubahan saya

crazy friends yang sentiasa ajak saya makan tapi asyiklah tak bagi saya makan ikut suka suki tekak 😁

and this is my coach, always push me till out of my limit 😂

Serba sedikit perjalanan kurus saya, tidak mencabar mana pun dan tidak jugak nak menunjuk2. Sekadar untuk self motivate. Semua gambar2 di atas adalah sewaktu CNY celebration di club, theme RED.   

5 comments:

Kakzakie Purvit said...

Ada geng yg punya misi sapa senang cerita Ann:)

dorsett pink said...

wow! banyak tu turun. tahniah.. tapi tengok awak sekarang memang kurus giler

dorsett pink said...

ok done follow sini. jom jengah blog saya..

http://dorsettpink.blogspot.my/

aksarafendi said...

huiyooo...kalau betol berusaha, sure ada hasilnya kan..

hainom OKje said...

Bestnya kurus Ann...teringin jugak nak kurus tapi selalunya hanya angan angan huhu...

Nak exercise kat rumah tak kuat semangat padahal ada aje Tread mil lat rumah tu Ann