Wednesday, April 26, 2017

Balik kampung...

Assalammualaikum semua...

Beberapa minggu yang lepas, saya balik kampung. Dah lama tak jenguk rumah arwah ayah, rindu menyapa katanya. Sajalah balik ke sana dengan adik beradik yang lain, alang2 tu terus gather di sana saja sebelum menjelang Ramadhan. Belum ada lagi plan nak iftar di rumah arwah ayah tapi benda2 macam ni boleh plan kemudian saja. Berkumpul di mana2 pun boleh ye tak, asalkan dapat bersama dengan keluarga itu yang paling utama. 

Balik kampung cuma di hujung minggu, sempat bersihkan dalam dan luar rumah. Bila ramai yang balik banyaklah tenaga pekerja yang ada, kerahkan aje bagi siap kerja. Senang nanti balik masa nak raya, dah tak perlu beria sangat nak berkemas pun. Abang dengan project baiki pagar rumah, buat sendiri jugak tu...dah dia larat nak buat, biarkan aje 😰 

Abang sorang lagi katanya nak letak tar dekat depan main gate sebab tanah dekat kawasan tu macam dah mendap, bila hujan jadi lopak air dan lecah + licin jugak. Kadang2 tayar kereta boleh sangkut dekat kawasan lecah tu. Project tu tak sure menjadi ke tidak, katanya nak mencari orang yang boleh upah buatkan. 

Begitulah setiap kali kami balik ke rumah orang tua kami. Bukan kata dapat rehat sangat pun, balik lebih kepada nak melihat keadaan rumah...pastikan semuanya baik2 saja. Mana yang perlu diperbaiki, kami baiki sama2. Bukan rumah orang lain, tapi rumah kami jugak peninggalan arwah ayah dan mak. Alahaiii syahdu le pulak hati kita ni 😳 

Terachi, pekan koboi orang kata

Malam tadi ke kala cuaca sejuk dingin dek hujan lebat petang semalam, sempat masak puding caramel requested by suami. Bila dah sejuk2 tu mulalah tekak dia nak makan macam2. Ada bahan boleh la buatkan, kalau takde bahan2...bawak je menu masuk dalam mimpi 😵

4 comments:

IQ = Iez Qis said...

ada rumah pusaka ni best sebab boleh kumpul adik beradik even mak dan ayah dah tak ada kan? mula la menggamit kenangan silam..huhu..

macam IQ tak ada rumah pusaka, balik kampung pn prgi rumah kkak je..huuuu

Nurzakiah Hanum said...

syoknya

Anis Azalea said...

puding karamel, yumss

NEKCIK said...

asalam Ann..kenapa tak letak gambar rumah pusaka..mesti cantik sebab sntiasa dijaga kan